Yang Mengikuti Blog ini :

06 July 2009

SATU LAGI KES PEREBUTAN HAK JENAZAH SAUDARA BARU : DI MANA SILAPNYA KITA ?

Walaupun kesibukan kita dalam menghadapi pilihanraya kecil di Manek Urai, jangan sampai kita terlepas pandang tentang isu - isu yang yang lain. Apatah lagi isu yang membabitkan akidah, iaitu berkenaan kes Mohan Singh yang mana Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari ini telah memutuskan bahawa jenazahnya hendaklah dikebumikan dengan cara Islam kerana beliau sebenarnya telah pun memeluk Islam semenjak 1992 lagi.

Walaupun ini bukanlah kali pertama kes yang seperti ini iaitu di mana orang yang memeluk Islam dan kemudian apabila meninggal dunia mayatnya menjadi rebutan antara keluarga agama asal dengan pihak berkuasa Islam. Sepatutnya kita harus mengambil iktibar dari beberapa kes yang sebelum ini. Apakah mungkin selepas ini mungkin banyak lagi jenazah yang memeluk Islam menunggu masa begitu lama barulah boleh diuruskan jenazahnya. Di mana peranan Islam sebagai agama rasmi sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

Sedangkan dalam kes ini Mohan Singh yang telah memeluk Islam semenjak tahun 1992 lagi telahpun disahkan meninggal dunia pada 25 Mei yang lalu namun sehingga kini barulah dapat diselesaikan pengebumiannya. Cuba bayangkan betapa terseksanya jenazah sehingga terpaksa menunggu kira - kira 2 bulan baru boleh diuruskan. Sebagai orang yang mempunyai kuasa gunakanlah kuasa untuk meletakkan Islam pada kedudukannya. Kita tidak mahu kes yang seperti ini hanya akan menjadi satu igauan buruk kepada mereka yang ingin memeluk Islam.

Untuk maklumat lanjut berhubung keputusan mahkamah sila klik link ini

2 comments:

  1. kuasa hanya dalam kertas...gitu la

    ReplyDelete
  2. orang yang bukan Islam lebih pandai berhujah dengan mematahkan hujah yang menggunakan ayatul quran dan hadis. kata mereka kedua sumber rujukan ini langsung tidak ada kene mengena dengan agama mereka. gitu la...inilah tanggungjawab yang berat digalas oleh peguam syariah. teruskan perjuangan kamu..jangan nanti apabila kamu merasakan yang kamu sudah cukup mempertahankannya tapi Allah tidak menerima apa yang kamu lakukan. em...Allahu a'lam

    ReplyDelete