Yang Mengikuti Blog ini :

30 July 2009

ANTI ISA vs PRO ISA : MARI FIKIR SEJENAK..

Kini tinggal beberapa hari sahaja lahi perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan sempena Demonstrasi memansuhkan ISA. Walaupun sebelum ini perhimpunan besar - besaran atau demonstrasi ini sudah banyak berlaku di negara kita bahkan di negara - negar yang lain juga ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan sehingga ada sesetengah negara perhimpunan itu dibantu oleh pihak keselamatan.

Demonstarsi kali ini agak menarik jika dilihat ini kerana dikatakan akan wujudnya dua kompulan iaitu yang pro kepada ISA dan juga anti ISA. Walaupun kumpulan pro ISA dikatakan akan membatalkan perhimpunan mereka. Tetapi secara peribadi saya yakin jika tidak pun semua pasti ada juga segelintir yang akan hadir. Sementara kumpulan anti ISA apatah lagi pasti akan turun habis - habisan.

Dalam negara kita demonstarsi ini bukanlah sesuatu perkara yang baru. Namun hari ini dilihat masing - masing cuba mengeluarkan kenyataan ada yang kata haram dan ada yang kata ini adalah hak asasi demokrasi untuk berhimpun. Apakah benar bahawa demonstrasi ini adalah sesuatu yang tidak berfaedah ? Mari kita lihat sejarah lebih awal lagi iaitu semasa cadangan pewujudan Malayan Union apakah tidak diadakan demonstari jalanan ini . Bahkan mungkin juga sebahagian dari hasil gagalnya pihak British mewujudkan Malayan Union ini mungkin tekanan dari Orang Melayu khususnya yang bangkit menentang gagasan ini melalui sebahagiannya cara perhimpunan ini.

Jangan kita cuba menafikan bahawa demonstarsi juga adalah salah satu kaedah bagaimana suara rakyat itu harus didengari. Mari kita bersama berfikiran rasional, mengapa rakyat mahukan ISA ini dihapuskan?. Asasnya adalah ia dilakukan tanpa batasan, kita pasti akan menyokong sebarang usaha untuk mengekang sebarang unsur yang boleh menggugat keselamatan negara. Namun dalam masa yang sama ianya tidak dijadikan sebagai satu alat demi kepentingan sesetengah pihak semata. Apakah adil sekiranya masih ada di kalangan yang menjadi tahanan ISA sehingga 8 tahun tidak didakwa di mahkamah. Apakah memerlukan masa yang begitu lama sehingga memakan masa bertahun lamanya untuk mengumbul bukti. Ataukah hanya sekadargimik semata.

Apakah sistem perundangan negara kita terlalu longgar sehingga masih ada lagi ruang - ruang kosong yang mana kita tidak boleh mendakwa sesuatu kes itu. Jelas bahawa kita mempunyai begitu banyak peruntukan undang - undang seperti Akta Hasutan yang boleh digunakan dalam menangani unsur - unsur yang sedemikian.

Jangan kita cuba untuk menipu diri sendiri dengan bertopengkan kepentingan sesuatu pihak. Cuba kita tanya kepada keluarga tahanan bagaimanakah situasi mereka?. Dan cuba bayangkan bagaimana jika kita berada ditempat mereka?.

No comments:

Post a Comment