Yang Mengikuti Blog ini :

29 July 2009

JANGAN DOUBLE STANDARD DALAM MENILAI KESALAHAN JENAYAH SIVIL DAN JENAYAH SYARIAH

Baru - baru ini Seorang wanita berumur 32 tahun telah dijatuhkan hukuman maksimum denda RM5,000 serta sebatan sebanyak 6 kali. Keputusan tersebut telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Dato' Abdul Rahman Yunos setelah wanita tersebut mengaku bersalah meminum arak di sebuah Hotel Legend Cherating, Kuantan pada tahun lalu.

Ini bukanlah kes yang pertama kali yang membabitkan jenayah syariah dipaparkan di dalam akhbar bahkan banyak lagi kes jenayah syariah yang sebelum ini dipaparkan. Namun sesuatu yang agak menarik di sini ialah apabila Hakim menggunakan kuasanya menjatuhkan hukuman yang maksimum. Hasil daripada hukuman tersebut terdapat segelintir pihak yang terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan. Mungkin apa yang menjadi kejutan bukan soal hukuman denda duit itu tetapi hukuman sebatan sebanyak 6 kali itu. Bahkan tidak kurang juga ada yang terkejut dengan keberanian hakim tersebut dan menanggap tindakan hakim tersebut adalah tepat pada masanya.

Kalau kita melihat walaupun hukuman mahkamah syariah bukanlah hukuman hudud yang sebenarnya tetapi kita sepatutnya berusaha menggunakan ruang yang ada semaksima yang mungkin . Tujuan hukuman dari perspektif Islam bukanlah untuk mencederakan tetapi lebih kepada mendidik dan memberikan pengajaran bukan sahaja kepada si pelaku tetapi kepada orang ramai.

Sebelum ini tidak ada orang yang mempertikaikan pesalah kesalahan sivil yang dikenakan hukuman penjara berpuluh tahun dan sebatan yang lebih banyak berbelas kali. Walaupun hakikatnya hukuman sebatan yang dilakukan oleh Syarak jauh berbeza dari sivil. Begitu juga dari segi hukuman denda yang melibatkan denda duit dan penjara. Setakat kesalahan jenayah syariah bidang kuasanya amatlah terhad di mana paling tinggi kesalahan yang membabitkan denda hanya tidak lebih RM 5000 serta penjara tidak lebih 2 tahun sahaja. Cuba kita bandingkan dengan keslahan sivil yang mana ada yang kesalahannya didenda sehingga RM10,000 bahkan lebih dari itu. Namun tidak ada yang mempersoalkannya.

Hari ini kita lihat ada segelintir di kalangan masyarakat sendiri yang menganggap bahawa kesalahan jenayah syariah ini kecil sahaja seperti minum arak, berjudi, khalwat dan sebagainya. Ini adalah kesan langsung dari perbezaan hukuman denda bagi kesalahan sivil dan jenayah syariah.

Apakah kerana perbezaan antara jenayah sivil dan jenayah syariah menyebabkan wujudnya tanggapan yang berbeza di kalangan masyarakat. Sedangkan ianya tetap kesalahan dan mendatangkan dosa. Apakah bezanya kesalahan mencuri dengan kesalahan berjudi sedangkan keduanya jelas dosa di sisi agama.

No comments:

Post a Comment