Yang Mengikuti Blog ini :

31 May 2009

SEJARAH PALING SIKIT PERATUS KELUAR MENGUNDI 46.15%

SPR menjelaskan bahawa peratus yang keluar mengundi pada pilihanraya kecil Dun Penanti ( N12 ) hanyalah 46.15% sahaja. Ia merupakan peratusan terkecil yang pernah dicatatkan di dalam sejarah pilihanraya negara ini. Bahkan sehingga pemerhati bebas pilihanraya ( mafrel ) dalam tinjauan yang dibuat semasa pilihanraya berlangsung terdapat di sesetengah pusat pengundian yang terlalu sikit kehadiran pengundinya sehingga ada di kalangan anggota polis yang tertidur.

Apakah kerana BN tidak meletakkan calon sehingga menyebabkan kurangnya peratus keluar mengundi?. Ataupun adakah kerana rakyat dah penat menghadapi terlalu banyak pilihanraya?. Sama - samalah kita nantikan pilihanraya kecil Dun Manek Urai yang akan diadakan pada 14 Julai nanti adakah trend ini berterusan atau sebaliknya. Maka dari situ barulah kita dapat membuat penilaian terhadap peratus pengundian yang rendah pada hari ini.

Gambar menunjukkan seorang polis hingga tertidur di sebuah
pusat pengundian kerana terlalu kurangnya yang datang mengundi
sumber gambar : Laman web Mafrel

Read More

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI

KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

Sumber : Malaysiakini.com

29 May 2009

DUNIA MUNGKIN BERALIH KE DINAR ISLAM...?

Melalui siaran berita tv sebentar tadi telah memaparkan satu isu berkenaan Dinar Emas. Di mana hari ini sudah mula kedengaran di kalangan ahli ekonomi agar kita beralih dari sistem ekonomi dunia yang berpaksikan sistem kapitalis kepada sistem dinar emas. Ini kerana melihat kepada ketidaktentuan ekonomi ketika ini bahkan di masa - masa yang lalu juga adalah berakar umbi dari sistem ekonomi kapitalis. Namun begitu menurut pandangan seorang tokoh dalam bank islam menyatakan ianya seharusnya dibuat perancangan yang teliti dengan beberapa aspek perlu diambil kira.

Nampaknya baru kini kita nampak, sedangkan Kelantan telah terlebih awal lagi mengambil langkah ini dengan memperkenalkan dinar emas di Negeri Kelantan. Menunjukkan bahawa mereka sebenarnya lebih terkehadapan dalam soal ekonomi.

24 May 2009

APA PENDAPAT ANDA TENTANG GAMBAR INI?

Rasanya anda semua kenal gambar yang dipaparkan terutamanya yang lelaki berambut panjang dan perempuan yang bertudung ini...korang perhatikan betul - betul dan fikir sendiri.

Read More Rasanya anda semua kenal gambar yang dipaparkan terutamanya yang lelaki berambut panjang dan perempuan yang bertudung ini...korang perhatikan betul - betul dan fikir sendiri.

SAMSENG JALANAN... ADA JUGA YANG TIDAK SETUJU?

Semalam berita di tv menyebutkan bahawa ada seorang menteri tidak setuju apabila mat rempit digelar sebagai samseng jalanan. Sebelum ini pihak polis telah mengambil langkah awal apabila mengggesa orang ramai agar menggelar mat rempit ini sebagai samseng jalanan, ini kerana terlalu banyak perkara yang negatif yang dilakukan oleh mereka termasuk melakukan pelbagai aksi yang boleh mengundang kemalangan jalanraya.

Manakala menteri yang tidak bersetuju tersebut mengatakan alasannya tidak bersetuju mat rempit digelar samseng jalanan kerana baginya tidak semua mat rempit melakukan sedemikian. Secara peribadi saya menyokong pihak polis yang menggelar mat rempit sebagai samseng jalanan, kerana pada hari ini kita terlalu banyak berlembut dengan golongan yang jahat sehingga mereka naik lemak. Seperti istilah melakukan perzinaan hari ini mereka disebut melakukan hubungan seks, pelacur disebut sebagai pekerja seks. Jika orang jahat terus kita agungkan bermakna kta terus sengaja membiarkan gejala maksiat terus berleluasa...renungkan

22 May 2009

NAMPAKNYA KRISIS DI PERAK MASIH BELUM LAGI SELESAI... SELEPAS INI APA PULA?

Walaupun keputusan mahkamah rayuan sebentar tadi telah mengeluarkan keputusannya mengatakan bahawa Zambry adalah MB Perak yang sah pasukan peguam Nizar akan mengemukakan pula rayuan di Mahkamah Pesekutuan iaitu mahkamah yang tertinggi di dalam sistem perundangan. Lepas ini kita lihat apa pula yang akan berlaku....Sebagai rakyat bawahan sabar je la...

BERITA BAIK DAN KURANG BAIK

Hari ini ada dua perkara baru yang saya terima. Cuma berbezanya ada satu berita baik dan satu tidak berapa baik untuk diterima. Pertama berita baik, saya baru sahaja menerima surat jemputan untuk menghadiri temuduga jawatan baru dari SPA yang akan diadakan pada 28 mei 2009 di Batu Gajah Manakala berita yang kedua pula ialah keputusan Mahkamah Rayuan. Justeru hari ni saya tidak ada mood sangat dengan keputusan mahkamah tersebut.....

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN ( 22 MEI 2009 )

Sumber : Malaysikini.com

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Read More Sumber : Malaysikini.com

21 May 2009

SELAMAT SAMPAI DI RUMAH

Saya sampai ke rumah baru sahaja sebentar tadi iaitu kira - kira jam 9.30 malam. Menaiki feri dari jeti Kuah di Langkawi kira - kira jam 3.00 petang. Sepanjang perjalanan kami singgah di beberapa tempat antaranya di salah sebuah masjid di Simpat Empat, Perlis untuk solat jamak zuhor dan asar , namun apa yang menyedihkan semasa sampai di masjid tersebut didapati hanya beberapa orang sahaja yang solat berjemaah asar di masjid tersebut.
Kemudian semasa dalam perjalanan pulang kira - kira jam 5.30 petang PTA Pengkalan Hulu Ust. Joshuade memberikan sms terkini iaitu keputusan Mahkamah Rayuan ditangguhkan pada esok jam 3.30 petang. Sebab sejak permulaan perbicaraan di mahkamah pagi tadi kami sentiasa mengikuti perkembangannya melalui maklumat di laman blog sehingga dalam perjalanan feri jadi saya tidak dapat mengikuti perkembangan tersebut.

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN DITANGGUHKAN ESOK JAM 3.30 PETANG

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada jam 3.30 esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop akan membacakan keputusan itu petang esok.Mahkamah mula bersidang pada pukul 9.40 pagi tadi dengan mendengar hujah daripada peguam, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Nizar kelihatan hadir ditemani isterinya bersama penyokong. Turut hadir ialah Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf, Sivanesan, Dato' Ngeh dan YB. Nga.Zambry pula tidak hadir kerana beliau menghadiri upacara pengistiharan Daerah Kampar yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Perak.
Namun begitu kelihatan ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman bersama penyokongnya yang hadir sekitar jam 1.00 petang.Sebelum mahkamah berhenti rehat, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut mengemukakan hujahnya sebagai pencelah.Peguam Hj. Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan
Sumber : idhamlim.blogspot.com

SELESAI SUDAH PROGRAM DI LANGKAWI

Ketika ini selesai sudah program selama 3 hari di Langkawi. Masing - masing sudah sibuk membuat persiapan untuk pulang , bahkan ada juga yang sudah samapi ke jeti tidak kurang juga yang masih lagi berkeinginan untuk membeli belah. Kebanyakan mereka menggunakan khidmat kereta sewa untuk kegunaan sepanjang program di sini.

Bersiap - siap di bilik untuk check-out

Inilah rupa kereta sewa... di sebelah tu Hafez tengah marah

SEKITAR MAJLIS PENUTUP BENGKEL KAUNSELING HIV/AIDS

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Ghafani Bin Awang Teh iaitu Pengarah Bhgn. Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid ( KESUMA ) JAKIM. Di dalam ucapannya beliau ada menyentuh tentang sikap pendakwah atau ulama' yang tidak turun padang mendekati golongan yang positif HIV. Berbanding pengganut agama lain cukup mengambil perhatian tentang pesakit HIV sehingga sanggup mengeluarkan wang sendiri. Ketika ini masih lagi berlangsung sesi dialog di antara beliau dengan para peserta bengkel.

Ucapan Perasmian Penutup oleh Pengarah KESUMA Jakim

Ucapan wakil peserta oleh PTA Langkawi

Peserta sedang mendengar ucapan perasmian

PERSIDANGAN MAHKAMAH RAYUAN

Sumber :http://impianrakyat.blogspot.com ( last edit 10.15 pg )

Mahkamah Rayuan yang sedang bersidang bagi mendengar kes rayuan DS. Nizar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lepas sedang berlangsung.

Mahkamah Rayuan juga pada hari ini akan memulakan sidang bagi membicarakan rayuan Zambry terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang tidak sah sekaligus mengistiharkan Nizar adalah MB Perak yang sah.

Hari ini keputusan panel 3 hakim akan menentukan siapa MB Perak yang sah. Hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar kes MB Perak adalah:-

Yang Arif Dato' Md. Raus bin Sharif, DPMN, KMN
Yang Arif Dato' Wira Abu Samah bin Nordin, DCSM, DIMP, KMN, PPT
Yang Arif Datuk Sulong bin Matjeraie, PJN, PBS.

Mengikut maklumat yang baru diterima, di dalam mahkamah ramai pemerhati yang terpaksa berdiri malah di lihat luar dewan keadaan terlalu sesak.

Ketika ini mahkamah sedang mendengar permohonan DS Zambry terlebih dahulu sebelum memulakan permohonan daripada DS Nizar.

Ketika ini Peguam Zambry, Cecil Abraham masih belum berhenti berhujah mempertahankan isu penangguhan keputusan Mahkahmah Tinggi yang memutusan DS Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Peguam Cecil Abraham mendakwa penghakiman yang dilakukan oleh mahkamah tinggi didapati tidak tepat dan tidak lengkap.

Pada waktu ini Mahkamah Rayuan sedang menerangkan perbezaan Artikel 16(6) dgn 36(2) Perlembagaan Negeri Perak.

Hakim mahkamah rayuan sedang mempertikaikan hujah peguam Zambry, Cecil Abraham yang asyik merujuk kepada Artikel 16 dan 36. Malah menjelaskan peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya.

Peguam Zambry masih berhujah berlegar kepada Artikel 16(4) Perlembagaan Negeri Perak.

Read More Sumber :http://impianrakyat.blogspot.com ( last edit 10.15 pg )

TIADA LAGI KEPUTUSAN UJIAN : FORMAT BARU BORANG UJIAN SARINGAN HIV BAGI PENGANTIN

Kemungkinan besar borang ujian darah saringan HIV bagi pasangan pengatin Islam yang ingin bernikah tidak lagi dinyatakan di dalam borang tersebut tentang keputusan ujian darah tersebut samada reaktif atau tidak reaktif. Maklumat ini dinyatakan sendiri oleh salah seorang penceramah dari Kementerian Kesihatan yang juga merupakan antara orang yang terawal dalam mencadangkan prosedur menjalani ujian saringan HIV bagi pasangan pengantin yang pertama di Johor suatu ketika dahulu.

Walaupun bukanlah secara rasmi lagi tetapi antara punca keputusan itu bakal dilaksanakan adalah faktor kerahsiaan. Sehingga semalam satu perbicangan yang agak hangat terutamanya di kalangan Pendaftar Nikah dengan penceramah berhubung isu tersebut. Impak dari keputusan itu juga nanti seolah - olah pihak pejabat agama selepas ini mungkin tidak lagi memainkan fungsi untuk memberi kaunseling kepada pasangan yang tidak lepas ujian saringan HIV.

BAGAIMANAKAH KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN ?

Hari ini 21 Mei 2009 sekali lagi adalah hari yang ditunggu - tunggu oleh semua pihak terutamanya rakyat negeri Perak. Mahkamah Rayuan akan bersidang pada hari ini bagi mendengar permohonan rayuan bagi DS Dr. Zambry dan juga DS Ir. Nizar. Semua mata pada hari ini akan tertumpu kepada keputusan yang bakal dibuat, sebagai rakyat bawahan pastinya kita mahu sesuatu yang terbaik untuk rakyat dan yang paling penting sekali kita semua dapat hidup dengan aman dan sejahtera.

Sebelum ini saya pernah menyebutkan bahawa setiap hakim yang menghakimi sesuatu kes dalam masa yang yang sama dia juga sedang dihakimi. Paling tidak dihakimi oleh rakyat dan paling besar Yang Maha Hakim iaitu Allah SWT. Jalankan amanah yang telah diberikan dengan penuh keadilan.

20 May 2009

TIADA PROGRAM MALAM

Malam ini tidak ada program sebab urusetia dah maklumkan slot malam ini telah disambung terus pada petang tadi sehingga pukul 6 petang. Jadi malam ni semua rehat tidak ada program ada sebahagian yang pergi makan angin, ada yang membeli belah dan ada juga yang terperap di dalam bilik tidur. Kesempatan ini saya gunakan untuk update laman blog ini, di samping membuat persiapan untuk balik esok hari. Apa - apa pun kita jumpa di lain waktu.....wassalam

H.I.V/AIDS : SATU PENDEDAHAN YANG AMAT MENGEJUTKAN

Semasa ceramah yang telah disampaikan oleh salah seorang penceramah dari Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia Dr. Sha'ari Bin Ngadiman satu fakta yang amat mengejutkan telah diberikan iaitu daripada hasil kajian yang telah dibuat menyatakan bahawa seramai kira - kira 100,000 - 140,000 orang yang terbabit dengan HIV positif akibat daripada trans gender manakala 40,000 - 60,000 orang pula adalah terdiri daripada pelacur wanita. Beliau juga menyebutkan bahawa dalam masa setahun kira - kira sejuta orang telah mendampingi pelacur. Angka ini amat menggerunkan kita semua tentang bagaimana generasi kita di masa hadapan sekiranya ramai yang terbabit dengan HIV/Aids.

BERJALAN DI SEKITAR LANGKAWI

Gambar semasa berada di Langkawi 20 Mei 2009 ( hari kedua bengkel )

Di hadapan Pantai Cenang, Langkawi

Gambar penceramah slot kedua

Semasa di dalam bilik seminar

Membeli belah bersama rakan di Pekan Kuah

Antara barang yang dibeli

BENGKEL ANJURAN JAKIM DI LANGKAWI

Saya telah selamat tiba di Hotel Grand Continental Langkawi kira - kira jam 5.30 petang ( semalam ) bersama sama dengan Ust Azhar dan kebetulan di dalam feri berjumpa dengan PTA Baling dan Slim River. Program bermula jam 8.30 malam tadi dengan ceramah sulong di sampaikan oleh penceramah dari unit kawalan penyakit dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Banyak info yang menarik perhatian sepanjang ceramah tersebut di mana penceramah telah memberikan maklumat dan fakta tentang kes HIV/Aids di Malaysia bahkan juga di dunia ini dan insyaallah saya akan cuba copy data yang diberikan untuk dikongsi bersama.

18 May 2009

TERPAHAT SEJARAH BARU PILIHANRAYA KECIL

Seperti dimaklumkan lebih awal, Barisan Nasional tidak bersedia mencabar calon PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.Perdana menteri juga menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya. Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara. Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut."Tak ada (takut).

Macam mana pun kita mesti hadapi rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," jelasnya apabila diajukan soalan sama ada BN takut menghadapi pembangkang.Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang. Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.
Sumber : Malaysiakini

BENGKEL PEGENDALIAN KAUNSELING HIV/AIDS

Bermula 19 - 21 Mei 2009 bengkel tentang pengendalian kes kaunseling HIV/Aids akan diadakan di Hotel Grand Continental Langkawi Kedah. Bengkel ini adalah anjuran JAKIM untuk semua Pendaftar, Timb. Pendaftar Zon Utara. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bagaimana untuk mengendalikan kaunseling bagi kes - kes HIV/Aids. Saya sebagai Timb. Pendaftar Insyaallah akan pergi ke sana bersama - sama dengan Pendaftar.

17 May 2009

SERANGAN WABAK INFLUENZA A ( H1N1 ) ADALAH SATU PERINGATAN ALLAH

Secara zahirnya kita akan mengatakan bahawa ini adalah wabak bawaan penyakit yang sebelum ini disebut dengan selsema babi ( influenza a H1N1 ). Namun sebagai seorang yang beriman kita hendaklah melihatnya dari sudut agama sebagai satu peringatan Allah. Bukankah Allah SWT sendiri telah merakamkan berbagai kisah umat umat terdahulu yang dimusnahkan oleh Allah kerana ingkar perintahnya hanya dengan dihantarkan binatang - binatang yang jauh lebih kecil seperti nyamuk, katak, belalang dan burung.

Marilah kita sama - sama menginsafi apa yang telah diveritakan dalam Al-Quran, Kerana apa yang berlaku pada hari ini sebenarnya adalah kesan daripada kerosakan yang dilakukan oleh tangan - tangan manusia. Di kesempatan lain saya akan cuba membawakan kisah tersebut di dalam AL-Quran untuk tatapan kita semua.

TERKINI KES INFLUENZA (H1N1)

Kesemua 101 penumpang dan lima krew penerbangan AirAsia AK5358 - yang dinaiki penghidap influenca A (HINI) - dari Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu akan dikurantin di rumah berkuatkuasa serta.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat memberita sidang media hari ini bahawa penerbangan tersebut berlepas dari LCCT Sepang pada jam 11 pagi hari berkenaan.

Beliau juga meminta penumpang penerbangan tersebut menghubungi Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300 atau jabatan kesihatan di negeri masing-masing atau pergi ke hospital berdekatan jika ada tanda-tanda menghidap selesema.

PERBUATAN MAKSIAT PERZINAAN DI JIRAT CINA

Pada pagi tadi iaitu kira - kira jam 7.00 pg Hj Joned telah menelefon saya mengatakan bahawa beliau telah membuat tangkapan terhadap satu pasangan yang sedang melakukan maksiat perzinaan di sebuah kawasan jirat cina. Pada asalnya tangkapan tersebut telah dibuat oleh orang kampung kemudian diserahkan kepada pihak penguatkuasa agama. Pasangan tersebut diminta untuk hadir ke Pejabat Agama esok untuk tindakan selanjutnya

Inilah situasi yang berlaku pada hari ini manusia sudah tidak kisah lagi apabila sanggup melakukan maksiat walau di mana sekalipun. Inilah gambarannya apabila sudah wujudnya tanda - tanda akhir zaman di mana terzahirya perbuatan zina itu.

KHAS BUAT GURU

Guru O Guru
Oleh: Sasterawan Negara Usman Awang

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Read More Guru O Guru

SELAMAT HARI GURU ( 16 MEI )

Bersempena hari guru iaitu 16 Mei ( semalam ) di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan kepada semua guru - guru yang pernah mendidik saya samada secara formal atau tidak bermula dari saya bersekolah tadika sehinggalah kini. Sesunggunya jasa guru amat besar kerana dapat melahirkan generasi yang berjaya pada hari ini. Dan jangan dilupa juga bahawa guru yang paling besar sekali jasanya ialah ibubapa kita sendiri.

Tidak dilupa juga buat isteri tercinta Nur Aishah Binti Mohd Amin yang juga merupakan seorang guru yang bertungkus lumus mendidik anak - anak bangsa. Salam penghargaan dariku untukmu, ingatlah bahawa bahawa kerjaya seorang guru sebenarnya amat mulia. Selamat Hari Guru!

RFC ( RADIX FREID CHICKEN ) MILIK HPA ALTERNATIF KFC

Semalam saya berkesempatan pergi ke Sg Petani, Kedah menziarahi keluarga. Kesempatan sudah berada di Sg Petani saya singgah ke RFC ( Radix Freid Chicken ) milik HPA. Sebelum ini saya hanya sekadar mendengar sahaja tentang RFC ini. Setelah saya pergi sendiri ke RFC tersebut saya amat terkejut dengan bilangan pengunjung begitu ramai sehingga 3 kaunter dibuka dan ketiga - tiga kaunter tersebut penuh sesak dengan orang ramai yang rata - ratanya orang Islam.

Secara umumnya bolehlah dikatakan bahawa inilah alternatif sebenarnya umat Islam bagi menggantikan KFC yang dikatakan antara produk yang perlu diboikot umat Islam kerana mempunyai kaitan dengan Israel. Maka tidak hairanlah ketika semasa penubuhan awal RFC ini, pihak pengurusan KFC dari luar negara turun datang ke Malaysia dan berhasrat untuk menyaman kerana menggunakan warna dan nama syarikat yang hampir sama. Dan kini RFC menggunakan warna Oren sebagai tema kedai tersebut. Sehubungan itu saya berharap agar marilah kita semua menyokong produk Islam Halal & Suci

16 May 2009

SETIAP YANG MENGHAKIMI AKAN DIHAKIMI

Dengan keputusan terkini penangguhan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dari Isnin ke Khamis, jelas ianya seolah - olah telah membenarkan kenyataan beberapa pihak sebelum ini yang mengatakan bahawa wujudnya tangan - tangan di sebalik keputusan yang dibuat oleh hakim. Maka sebab itu apa sahaja keputusan yang berlaku di mahkamah seharusnya kita berhati - hati dan jangan terlalu membuat andaian yang berbagai sekalipun keputusan itu berpihak kepada kita. Kita harus ingat dan sedar bahawa setiap tindak - tanduk manusia itu adakalanya sukar dibaca oleh sesetengah dari kita. Apapun bagi semua hakim harus sedar bahawa " Ingatlah ketika seorang hakim itu sedang menghakimi sesuatu kes, dia juga juga harus sedar bahawa ketika itu dia juga sedang diadili dan dihakimi"

RAYUAN ZAMBRY & NIZAR : AKAN DIDENGAR DI MAHKAMAH TINGGI KHAMIS DEPAN

Mahkamah Rayuan akan mendengar Rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada Khamis ini.

Mahkamah itu juga akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari yang sama.

Sebelum ini mahkamah menetapkan untuk mendengar rayuan Nizar pada Isnin depan.

Peguam Nizar, Amer Hamzah berkata beliau berharap mahkamah akan mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu supaya mengekalkan pelaksaan keputusan yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Isu perundangan melibatkan Nizar dan Zambry telah bermula sejak February lalu apabila Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar. Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Sehinggalah pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak dengan membenarkan permohonan Zambry bagi menangguhkan keputusan itu sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

15 May 2009

SENTIASA ADA GOLONGAN YANG MENANG

Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya". ( H.R. Bukhari )

Keterangan
Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini.

Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramai­rarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.

Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat.

Cabaran kita pada hari ini sememangnya amat besar dan kita yakin bahawa Allah sentiasa akan memberikan pertolongan kepada kita dengan syarat agar kita sentiasa berpegang teguh pada agamanya Allahu Akbar !

KES MOHD RIDHUAN : DI MANA PEJUANG ISLAM ?

Semasa saya bersama - sama dengan rakan - rakan yang lain hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk memberikan sokongan moral kepada Mohd Ridhuan, kebetulan semasa berada di dalam dewan mahkamah saya duduk dengan seorang lelaki yang agak berumur tetapi berpakaian smart berkot dan bertali leher. Pada mulanya saya tidak mengenalinya kerana kelihatan beliau agak sibuk sekejap - sekejap dia akan bangun untuk berbincang dengan lawyer. Tiba - tiba lelaki tersebut menggelarkan dirinya sebagai pakcik dan memperkenalkan nama serta latar belakangnya.

Barulah saya tahu bahawa beliau sebenarnya datang dari Kuala Lumpur semata - mata untuk bersama - sama memberikan sokongan. Beliau asalnya adalah seorang jurutera dan mempunyai firmanya sendiri, namun oleh kerana demi untuk bersama - sama mempertahankan hak Islam beliau sanggup meninggalkan jawatannya kira - kira 2 bulan lepas kini bergiat aktif di dalam NGO Islam ( Muafakat ). Sepanjang bersembang dengannya beliau menyatakan ini adalah kali ketujuh dia hadir persidangan kes tersebut dan hari ini ( semalam ) barulah dia merasakan seronok kerana ramai orang Islam yang hadir memberikan sokongan moral. Amat menyedihkan apabila beliau menceritakan bagaimana beliau dihalau dari mahkamah hanya kerana bilangan orang Islam yang hadir menyaksikan kes tersebut amat sedikit berbanding orang beragama hindu sehingga boleh dikatakan kesemua kerusi di dalam mahkamah tersebut dipenuhi oleh mereka.

Maka beliau menasihatkan agar kita seharusnya jangan sampai terlalu sibuk dengan krisi politik di perak sehingga kita lupa sebenarnya ada isu akidah yang amat besar yang tidak disedari. Sambil menunjukkan tentang keperihatinan 2 orang YB ( 1 MP & 1 Adun ) yang beragama hindu turut hadir ke mahkamah pada hari itu bersama - sama untuk memberi sokongan perempuan ( beragama hindu ). Itulah sikap mereka terhadap agama mereka, tetapi bagaimana sikap kita terhadap Islam ?

KES MOHD RIDHUAN ABDULLAH MASIH DITANGGUHKAN

Semalam 14 Mei 2009 telah berjalan satu prosiding kes tuntutan hak penjagaan anak Mohd Ridhuan Abdullah yang telah memeluk Islam untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya. Prosiding kes telah berlangsung di Mahkamah Tinggi Ipoh kamar 1. Saya telah difahamkan bahawa semalam adalah kali yang ketujuh kes tersebut dijalankan di mahkamah. hasil dari perjalan mahkamah semalam mahkamah telah membuat penangguhan ke tarikh 20 Julai 2009.

Saya bersama - sama dengan rakan - rakan dari JAIPk dan juga NGO's Islam telah hadir ke mahkamah Tinggi Ipoh semalam bagi memberikan sokongan moral kepada saudara sesama Islam kita. Walaupun perbicaraan semalam tidak dilakukan di dalam dewan mahkamah, iaitu kesemua peguam bagi kedua - dua pihak telah memasuki kamar hakim selama beberapa minit dan kemudian keluar seterusnya memberikan keterangan kepada media dan semua yang hadir serta memaklumkan tentang penagguhan kes tersebut. Saya difahamkan oleh salah seorang peguam bagi pihak Mohd Ridhuan mengatakan bahawa buat sementara waktu 2 orang anak diberikan penjagaan kepada ibunya yang masih beragama hindu, manakala seorang lagi yang masih bongsu diberikan kepada penjagaan kepada Mohd Ridhuan buat sementara waktu sehingga kes ini selesai. Ini adalah bererdasarkan persetujuan daripada kedua-dua pihak.

14 May 2009

KRISIS PERAK : PERLU ADA SIKAP KERJASAMA DAN MUAFAKATSESAMA PEMIMPIN

Krisis di Perak telah menyebabkan ramai di kalangan masyarakat semakin keliru. Sikap keegoan di kalangan sesetengah pemimpin dilihat adalah sebahagian daripada punca ianya berlaku. Kita melihat sebelum keputusan mahkamah Tinggi dibuat pada 11 Mei 2009 ramai yang telah membuat andaian bahawa keputusan yang bakal diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bakal merungkai permasalahan yang berlaku khususnya krisis politik di Perak. Namun segalanya dilihat tidak berkesudahan bahkan semakin rumit lagi. Sehingga membawa kepada cadangan melalui ramai pihak agar dibubarkan sahaja DUN biarkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri, walaupun terdapat segelintir pihak yang tidak bersetuju.

Apa yang ingin disebutkan di sini ialah secara peribadi saya bersetuju agar krisis di Perak ini diserahkan semula mandatnya kepada rakyat. Tetapi cuba bayangkan seandainya pilihanraya selesai diadakan dan ada pihak yang menang dan mampu menubuhkan kerajaan. Apakah kita boleh memberi jaminan bahawa tidak akan wujudnya lagi lompat melompat parti ini. Kita harus sedar bahawa syaitan tidak duduk diam, dan begitu juga manusia ini memang mudah terpedaya dengan sogokan dan kemewahan sehingga menenggelamkan jatidiri. Jangan sampai perkara ini meneggelamkan semangat perjuangan menegakkan Islam.