Yang Mengikuti Blog ini :

14 May 2009

KRISIS PERAK : PERLU ADA SIKAP KERJASAMA DAN MUAFAKATSESAMA PEMIMPIN

Krisis di Perak telah menyebabkan ramai di kalangan masyarakat semakin keliru. Sikap keegoan di kalangan sesetengah pemimpin dilihat adalah sebahagian daripada punca ianya berlaku. Kita melihat sebelum keputusan mahkamah Tinggi dibuat pada 11 Mei 2009 ramai yang telah membuat andaian bahawa keputusan yang bakal diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bakal merungkai permasalahan yang berlaku khususnya krisis politik di Perak. Namun segalanya dilihat tidak berkesudahan bahkan semakin rumit lagi. Sehingga membawa kepada cadangan melalui ramai pihak agar dibubarkan sahaja DUN biarkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri, walaupun terdapat segelintir pihak yang tidak bersetuju.

Apa yang ingin disebutkan di sini ialah secara peribadi saya bersetuju agar krisis di Perak ini diserahkan semula mandatnya kepada rakyat. Tetapi cuba bayangkan seandainya pilihanraya selesai diadakan dan ada pihak yang menang dan mampu menubuhkan kerajaan. Apakah kita boleh memberi jaminan bahawa tidak akan wujudnya lagi lompat melompat parti ini. Kita harus sedar bahawa syaitan tidak duduk diam, dan begitu juga manusia ini memang mudah terpedaya dengan sogokan dan kemewahan sehingga menenggelamkan jatidiri. Jangan sampai perkara ini meneggelamkan semangat perjuangan menegakkan Islam.

No comments:

Post a Comment