Yang Mengikuti Blog ini :

21 May 2009

TIADA LAGI KEPUTUSAN UJIAN : FORMAT BARU BORANG UJIAN SARINGAN HIV BAGI PENGANTIN

Kemungkinan besar borang ujian darah saringan HIV bagi pasangan pengatin Islam yang ingin bernikah tidak lagi dinyatakan di dalam borang tersebut tentang keputusan ujian darah tersebut samada reaktif atau tidak reaktif. Maklumat ini dinyatakan sendiri oleh salah seorang penceramah dari Kementerian Kesihatan yang juga merupakan antara orang yang terawal dalam mencadangkan prosedur menjalani ujian saringan HIV bagi pasangan pengantin yang pertama di Johor suatu ketika dahulu.

Walaupun bukanlah secara rasmi lagi tetapi antara punca keputusan itu bakal dilaksanakan adalah faktor kerahsiaan. Sehingga semalam satu perbicangan yang agak hangat terutamanya di kalangan Pendaftar Nikah dengan penceramah berhubung isu tersebut. Impak dari keputusan itu juga nanti seolah - olah pihak pejabat agama selepas ini mungkin tidak lagi memainkan fungsi untuk memberi kaunseling kepada pasangan yang tidak lepas ujian saringan HIV.

No comments:

Post a Comment