Yang Mengikuti Blog ini :

15 May 2009

KES MOHD RIDHUAN ABDULLAH MASIH DITANGGUHKAN

Semalam 14 Mei 2009 telah berjalan satu prosiding kes tuntutan hak penjagaan anak Mohd Ridhuan Abdullah yang telah memeluk Islam untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya. Prosiding kes telah berlangsung di Mahkamah Tinggi Ipoh kamar 1. Saya telah difahamkan bahawa semalam adalah kali yang ketujuh kes tersebut dijalankan di mahkamah. hasil dari perjalan mahkamah semalam mahkamah telah membuat penangguhan ke tarikh 20 Julai 2009.

Saya bersama - sama dengan rakan - rakan dari JAIPk dan juga NGO's Islam telah hadir ke mahkamah Tinggi Ipoh semalam bagi memberikan sokongan moral kepada saudara sesama Islam kita. Walaupun perbicaraan semalam tidak dilakukan di dalam dewan mahkamah, iaitu kesemua peguam bagi kedua - dua pihak telah memasuki kamar hakim selama beberapa minit dan kemudian keluar seterusnya memberikan keterangan kepada media dan semua yang hadir serta memaklumkan tentang penagguhan kes tersebut. Saya difahamkan oleh salah seorang peguam bagi pihak Mohd Ridhuan mengatakan bahawa buat sementara waktu 2 orang anak diberikan penjagaan kepada ibunya yang masih beragama hindu, manakala seorang lagi yang masih bongsu diberikan kepada penjagaan kepada Mohd Ridhuan buat sementara waktu sehingga kes ini selesai. Ini adalah bererdasarkan persetujuan daripada kedua-dua pihak.

No comments:

Post a Comment