Yang Mengikuti Blog ini :

21 May 2009

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN DITANGGUHKAN ESOK JAM 3.30 PETANG

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada jam 3.30 esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop akan membacakan keputusan itu petang esok.Mahkamah mula bersidang pada pukul 9.40 pagi tadi dengan mendengar hujah daripada peguam, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Nizar kelihatan hadir ditemani isterinya bersama penyokong. Turut hadir ialah Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf, Sivanesan, Dato' Ngeh dan YB. Nga.Zambry pula tidak hadir kerana beliau menghadiri upacara pengistiharan Daerah Kampar yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Perak.
Namun begitu kelihatan ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman bersama penyokongnya yang hadir sekitar jam 1.00 petang.Sebelum mahkamah berhenti rehat, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut mengemukakan hujahnya sebagai pencelah.Peguam Hj. Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan
Sumber : idhamlim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment