Yang Mengikuti Blog ini :

30 June 2009

HARI KEDUA LAWATAN DI SELATAN THAILAND

Pagi ini kami akan bertolak pula ke Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Nantikan baerita selanjutnya selepas ini. Bas akan bertolak jam 10. oo pagi dan perjalanan dijangka mengambil masa setengah jam dari Pekan Hatyaai. Maaf jika lambat kerana terlalu sukar untuk mendapat perkhidmatan internet ini. Sekian kita jumpa lagi selepas ini...

Semasa berada di dalam bas pelancongan

Read More

29 June 2009

CATATAN PERJALANAN KE SELATAN THAILAND

Perjalanan dari Ipoh bermula kira - kira jam 12.10 malam tadi dan kami tiba di Bukit Kayu Hitam kira - kira jam 5.30 pagi Solat Subuh di Masjid Bandar Baru Bukit Kayu Hitam. Kira - Kira jam 6.00 pagi kami ke pintu masuk sempadan untuk urusan Imigresen dan semuanya berjalan lancar. Setelah selesai makan pagi di pekan Dannok, Thailand. Kemudian meneruskan perjalanan ke Majlis Agama Islam Wilayah Patthalong dan sampai di sana kira - kira jam 11.00 pagi. Kemudian setelah selesai kira - kira jam 4.oo petang kami ke Hotel di Pekan Hatyaai iaitu Hotel Grand Plaza. Hari pertama amat meletihkan kerana tidak rehat. Esok Insyaallah kami akan ke Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla pula.

Baca doa sebelum bertolak dalam bas
Di hadapan pintu sempadan Thailand - Malaysia

Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Patthalong

Baru lepas sarapan pagi di Pekan Dannok, Thailand

Gambar di Pekan Dannok, Thailand

28 June 2009

ULAMA' MENINGGAL DUNIA SEMASA MENYAMPAIKAN KULIAH

Marilah kita bersama - sama berdoa agar mati dalam Husnul Khotimah...Amin

Read More Marilah kita bersama - sama berdoa agar mati dalam Husnul Khotimah...Amin

ROMBONGAN JAIPK KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELATAN THAILAND

Insyaallah malam ini saya bersama - sama dengan rombongan JAIPk akan bertolak ke Thailand untuk lawatan kerja ke beberapa Majlis Agama Islam Wilayah Selatan Thailand. Rombongan sehingga 2 Jun ini dijangka bertolak kira - kira jam 12.00 malam ini. Antara yang mengikuti rombongan ini ialah Pengarah, Timb. Pengarah, KPP, Pen. Pengarah serta beberapa orang Pegawai Penguatkuasa JAIPk. InsyaAllah saya akan memberikan berita terkini tentang perkembangan rombongan tersebut dari masa ke semasa.

APA NAK JADI...PEREMPUAN MELAYU TINGGAL SEKALI DENGAN BANGLADESH

Hari ini saya terlalu keletihan kerana malam tadi saya on call menerima maklumat tentang satu operasi tangkapan. Pada mulanya saya keluar rumah jam 11 malam kerana mendapat satu maklumat di satu lokasi, namun hasil dari siasatan maklumat tesebut tidak tepat di mana lelaki yang dikatakan dalam maklumat tersebut adalah merupakan bapa kepada perempuan tersebut.
Kemudian semasa hendak bersiap untuk pulang kami menerima satu lagi maklumat yang mengatakan bahawa terdapat seorang perempuan yang sering datang bermalam di rumah sewa pekerja bangladesh. Hasil dari serbuan tersebut akhirnya berjaya menahan seorang perempuan melayu dan 2 orang lelaki bangladesh. di dalam rumah tersebut.
Apa yang mengejutkan kami hasil dari siasatan awal perempuan tersebut mengatakan bahawa dia sebenarnya bukan sahaja datang bermalam di rumah tersebut bahkan telah pun tinggal bersama - sama mereka semenjak seminggu yang lalu. Kesemua suspek telah dibawa ke Balai Polis untuk dan ditahan di bawah Seksyen 54 EJS.Pk 1992. Kes hanya selesai kira - kira jam 3.30 pagi dan saya sampai ke rumah jam hampir 4 pagi.

27 June 2009

10 SEKATAN YANG PERLU DILALUI UNTUK MENUJU ALLAH

Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya.

ISU HUDUD : JAMIL KHIR BANGKITKAN DI PARLIMEN

Semasa persidangan dewan rakyat pada 26 Jun yang lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Senator Mejar Dato' Jamil Khir Baharom telah menyebutkan bahawa " hudud boleh diperakui dilaksanakan untuk membanteras jenayah ragut di negara ini ".

Secara peribadi saya menyokong pandangan Menteri JPM tersesebut. Walaupun ianya tidak sampai ke peringkat satu usul di parlimen untuk dibahaskan tetapi ianya setidak - tidaknya cuba dibawakan mesej oleh beliau apatah lagi sebagai seorang menteri di pihak kerajaan. Mungkin inilah kali pertama menteri bagi pihak kerajaan menyebutkan tentang cadangan perlaksanaan hudud di dalam Parlimen. Kita semua sedar bahawa isu hudud ini satu isu yang besar, dan walaupun ada kedengaran suara khususnya dari kompenen BN yang tidak setuju tentang perlaksanaan ini namun kita mendoakan agar Hukum Islam akan tertegak jua di negera tercinta ini.

Tetapi apa yang lebih kita harapkan ialah biarlah ianya tidak hanya sekadar satu cadangan semata. Biarlah sebagai pihak kerajaan yang mempunyai kuasa dapat melaksanakannya

PILIHANRAYA KECIL MANEK URAI : PAS SUDAH UMUMKAN CALONNYA

KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah ( gambar ) sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini s. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hadir.

Read More KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah ( gambar ) sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini s. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hadir.

APAKAH KITA MASIH PUNYA ALASAN UNTUK LAKSANA PERINTAH ALLAH ?

Semalam saya telah bertugas menyampaikan khutbah jumaat. Antara lain khutbah tersebut saya menyentuh tentang isu berkaitan masalah sebahagian umat Islam pada hari ini yang masih gagal dalam melaksanakan tuntutan perinta Allah terutamanya bersolat secara berjemaah di masjid. Sedangkan saudara seagama kita di negara lain hingga terpaksa meredah hujan peluru dan bom semata - semata untuk datang hadir menunaikan solat berjemaah di masjid. Sebagaimana serangan yang berlaku di Masjid Al-Furqan Narathiwat Selatan Thailand baru - baru ini, sehingga mengorbankan 12 orang nyawa dan mencederakan 11 orang.

Apa yang lebih mengharukan ialah kesemua mereka terkorban ketika sedang menunaikan solat fardhu Isyak. Inilah yang harus dibayar oleh mereka yang benar - benar bertakwa kepada Allah.

Namun persoalannya ialah bagaimana kita yang berada di sini masih lagi mempunyai pelbagai alasan untuk tidak hadir menunaikan solat berjemaah di masjid. Sedangkan suasana kita jauh lebih aman dan tenteram berbanding mereka di sana. Apakah kita ingin tunggu sehingga suasana kita di sini akan menjadi huru hara barulah kita ingin hadir ke masjid.

Begitu juga tentang hal menutup aurat, masih ramai lagi yang tidak mengambil perhatian untuk menutup aurat terutamanya bagi perempuan untuk memakai tudung. Sedangkan saudara seagama kita di negara lain khusunya di sebagian negara barat terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan hak bagi menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Sebagaimana yang dipaparkan di akhbar baru - baru ini bahawa sudah mula wujud cadangan untuk mengharamkan pemakaian tudung di kalangan wanita Islam di negara tersebut.

Bagi mereka saudara seagama kita yang melalui cabaran sedemikian, inilah harga pengorbanan yang mesti mereka lalui bagi mendapatkan hak untuk beramal ibadat.

Bagaimana kita pula, apakah masih mempunyai berbagai alasan untuk melaksanakan perintah Allah? Tepuk dada tanya Iman

25 June 2009

H1N1 : TERKINI 80 KES...MARILAH KITA BERDOA

Penularan tempatan wabak selesema A (H1N1) terus berlaku dengan dua kes lagi disahkan hari ini, menjadikan jumlahnya 11 sejak kes awal seminggu lalu.

Jumlah tersebut, termasuk 10 kes import yang baru disahkan, menjadikan semuanya 80 kes di seluruh negara sejak 15 Mei lepas.

Satu daripada kes tersebut dilaporkan di Johor apabila seorang pelajar wanita 19 tahun yang pulang dari Melbourne disahkan positif.

Mangsa menaiki penerbangan Singapura SQ0238 yang mendarat di Changi dua hari lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada keseluruhan kes terbaru, tiga melibatkan warga asing, Yaman (dua orang) dan Indonesia (1), manakala selebihnya rakyat
tempatan yang melawat di negara-negara terjejas dengan wabak
itu.

"Bilangan sekolah yang ditutup masih kekal empat sekolah dan tiga sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelasya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa teknikal kebangsaan mengenai influenza A (H1N1) hari ini.

REJAB...MARILAH KITA BERLUMBA DALAM IBADAT

Alhamdulillah antara sedar atau tidak kita kini telah pun masuk ke dalam Bulan Rejab iaitu hari yang kedua. Ini bermakna tidak Ramadhan yang merupakan bulan yang dinantikan bakal menjelma tiba.

Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar.

Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya. Firman-Nya:

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) ; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – al-Tawbah (9) : 36

Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu” di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:

Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662

Ternyata bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T..

BERSAMA MENYERTAI PAMERAN JABATAN

Hari ini saya bersama - sama dengan rakan - rakan mengadakan pameran daripada Jabatan khusu untuk pelajar - pelajar sekolah. Pameran telah diadakan di SMK Sultan Idris II Air Panas Gerik bersempena dengan hari koperasi sekolah. Selain daripada Jabatan Agama Islam Perak turut membuat pameran bersama ialah PDRM, Bomba, Kolej Komuniti dan beberapa lagi agensi.

Suasana semasa berlangsungnya pameran

23 June 2009

BERAMALLAH SEMASA SIHAT SEBELUM DATANGNYA SAKIT

LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis.Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor.

ANTARA ANUGERAH DAN MUSIBAH...UJIAN DARI ALLAH

Pertama sekali saya mohon maaf kepada sahabat yang mengikuti blog ini kerana 3 hari tidak update isu terkini. Bukan apa pertamanya kebetulan sahabat karib saya iaitu ust safuan kenduri kahwin pada hari Ahad. Tahniah diucapkan buat Ust Safuan dan isterinya semoga kekal bahagia ke akhir hayat, kemudian malam semalam pula saya baru sahaja menerima berita rakan sejawat saya di Pejabat Agama Islam Taiping Ust. Syafiq kemalangan teruk sehingga mengakibatkan kematian isterinya dan dia dilaporkan mengalami kecederaan teruk dan masih lagi di hospital teluk intan. Saya mendoakan agar Allah pelihara kesihatannya serta segera pulih. Buat arwah isterinya disedekahkan al-fatihah moga rohnya dicucuri rahmat
Hari ini saya berada di Ipoh selama 3 hari kerana akan mengambil peperiksaan PTK. Mohon agar sahabat - sahabat yang berkunjung di laman blog ini mendoakan kejayaan saya.

19 June 2009

MANA LEBIH TAKUT...VIRUS H1N1 ATAU AZAB ALLAH

Nampaknya manusia hari ini menjadi begitu takut dan berhati - hati dengan ancaman virus H1N1 sehingga kerajaan mengumumkan 10 langkah bagi bagi mencegah wabak tersebut dari terus merebak. Hebat betul nampaknya serangan virus tersebut sehingga manusia begitu takut padanya. Bahkan kerajaan akan mengambil tindakan undang - undang kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah disediakan.
Namun...
Berapa ramaikah di kalangan manusia pada hari ini yang takut dengan ancaman Allah?
Berapa ramaikah di kalangan manusia yang pada hari ini tanpa segan silu terus melanggar peraturan Allah?
Berapa ramaikah di kalangan manusia pada hari ini tahu bahawa azab akan menanti mereka jika terus melakukan penderhakaan terhadapnya?

17 June 2009

SEMAKIN BERPOLEMIK ISU KERAJAAN PERPADUAN..

Hari ini masih lagi membicarakan tentang kerajaan perpaduan. Berbagai versi yang kita lihat ada pihak yang setuju dan ada yang tak bersetuju. Hal ini pastinya menambahkan lagi polemik isu ini. Bagi kita yang duduk di bawah sebagai rakyat secara jujur pastinya kita nak yang terbaik.

Jika dengan wujudnya kerajaan perpaduan ini akan membawa perubahan yang lebih menjurus kepada Islamik, semoga ianya diperkenankan Allah. Namun andai dengan keadaan seperti sedia ada pada hari ini boleh memangkin suasana agar lebih kuat pengorbanan kita dan istiqomah kita kepada Islam Alhamdulillah. Ingat bahawa ujian Allah bukan sahaja datang dalam keadaan kita susah sahaja, bahkan adakalanya ujian datang dalam keadaan kita senang.

Hakikatnya dalam setiap tindakan yang hendak dilakukan pastikan bukan bertujuan untuk kepentingan diri semata. Islam hendaklah menjadi tunjang dalam setiap urusan pentadbiran.

Di sini dibawakan antara pendapat Tok Guru Nik Aziz ( sumber dari Harakahdaily )

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu."Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia�bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. Harakahdaily.

Ini pula pendapat Tok Guru Nik Aziz ( sumber Malaysiakini )

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah,"

Cuba kita renung semula kedua-dua sumber pendapat ini....

15 June 2009

TERKINI KES H1N1 MENJADIKAN 17 KES SETAKAT INI

Lima lagi kes selesema A (H1N1) disahkan melanda negara hari ini, menjadikan kes semuanya 17 sejak 15 Mei lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Semua kes terbaru itu dilaporkan akibat jangkitan di luar negara.

Mangsa ke-17 seorang wanita Malaysia berusia 26 tahun yang pulang daripada melancong di Melbourne dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kes ke-16 pula seorang penduduk Amerika Syarikat, pelajar 14 tahun yang pulang untuk melawat keluarganya di Sabah.

Pelajar perempuan itu kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Mangsa ke-15 seorang penduduk tetap Malaysia yang berusia 16 tahun dan kini belajar di Melbourne yang pulang untuk bercuti.

Keluarga pelajar kini sedang dikuarantin, sementara remaja lelaki itu dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Dua lagi membabitkan seorang pelajar lelaki 12 tahun yang pulang bercuti di Manila, dan seorang pelancong Britain, 25, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan selepas mengalami tanda-tanda diserang selesema itu di Pulau Tioman.

Ibu pelajar itu dan teman wanita warga asing itu kini sedang dikuarantin.

PERSIDANGAN PARLIMEN BERMULA HARI INI...10 MP DIHALAU KELUAR

Hari ini bermulanya persidangan Parlimen. Pastinya ramai yang ternanti - nanti dengan perbahasan apatah lagi ini merupakan perbahasan pertama yang diketuai DS Najib sebagai Perdana Menteri. Sebagai rakyat kita amat mengharapkan agar kesemua MP menjalankan amanah sebagai wakil rakyat apabila berada di Parlimen. Sebagai rakyat apa yang kita inginkan ialah perjuangan MP untuk membawakan suara rakyat di Parlimen. Janganlah lagi menghabiskan masa di parlimen untuk terus berpolitik. Ada masa kita berpolitik dan ada masa kita menjalanakn tugas. Hari pertama persidangan sudah mula berlaku kekecohan, apabila 10 MP telah dihalau keluar oleh Speaker Dewan antaranya MP Bukit Gantang, MP Taiping, MP Beruas, MP Lembah Pantai dan beberapa MP lagi. Kerana telah melaungkan Hidup Rakyat dan Bubar DUN sambil memakai kain lilitan kepala bertulis Bubar DUN.
MP Taiping dan MP Beruas sedang memakai lilitan Bubar DUN
sebelum dihalau keluar dari dewan oleh Speaker

14 June 2009

KEMENANGAN AHMADINEJAD MEMBUATKAN BARAT SEMAKIN RESAH

Tahniah diucapkan kepada Mahmoud Ahmadinejad yang telah berjaya memenangi pilihanraya Presiden Iran. Walaupun kita sedar bahawa Iran terkenal dengan fahaman Syiah sebagai dasar mereka, namun apa yang kita sokong ialah kelantangannya dalam bercakap sehingga menggerunkan pihak barat. Dan pilihanraya ini sebenarnya amat dinantikan oleh dunia terutamanya negara barat yang anti Islam kerana dasar Ahmadinejad sebelum ini amat tegas terutamanya dalam hubungan Iran dengan Negara Barat. Bahkan Israel sendiri telah menunjukkan nada yang tidak senang dengan kemenangan Ahamdinejad ini.

Semoga kita berjaya melahirkan tokoh pejuang Islam yang mampu berhadapan dengan kuasa - kuasa bersar dunia....

DR. FATHI YAKAN MENINGGAL DUNIA....ALFATIHAH

Al-fadhil ustaz Dr. Fathi Yakan telah meninggalkan kita pagi tadi.. Lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumor 76 tahun... Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.. Sila lihat web ikhwan jordan utk kesahihan berita tersebut.. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' : http://www.ikhwan-jor.com/.

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.Al-fatihah...

13 June 2009

MUFTI PERAK SOKONG CADANGAN AGAR SIS DISIASAT

Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters ini Islam (SIS) disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam.

"Saya setuju dibuat siasatan (terhadap SIS)," katanya, sambil menyifatkan usul yang diluluskan di muktamar PAS itu "bagus".

Harussani, seorang anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, berkata terdapat beberapa tafsiran SIS, antaranya berkaitan isu poligami dan pembahagian harta pusaka berbeza dengan pandangan sedia ada.

"Saya baca-baca (kenyataan SIS), nampak lain sikit, buang (membelakangkan) ayat al-Quran (dalam dua isu ini)," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Ditanya sama ada beliau akan membawa cadangan menyiasat SIS untuk dibincangkan dalam muzakarah majlis fatwa yang akan datang, Harussani berkata:

"Ada bahagian kajian di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kertas (kajian) patut dikemukakan mereka terlebih dahulu.

"Hendak bermuzakarah mestilah ada kertas."

Tambahnya, dalam Islam, merumuskan sesuatu hukum "tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa."

Walaupun pihak lain seperti mufti boleh membentangkan kertas mereka sendiri untuk dibincangkan, tambahnya, lebih baik kemudahan dan kepakaran Jakim digunakan bagi tujuan itu.

Read More Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters ini Islam (SIS) disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam.

"Saya setuju dibuat siasatan (terhadap SIS)," katanya, sambil menyifatkan usul yang diluluskan di muktamar PAS itu "bagus".

Harussani, seorang anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, berkata terdapat beberapa tafsiran SIS, antaranya berkaitan isu poligami dan pembahagian harta pusaka berbeza dengan pandangan sedia ada.

"Saya baca-baca (kenyataan SIS), nampak lain sikit, buang (membelakangkan) ayat al-Quran (dalam dua isu ini)," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Ditanya sama ada beliau akan membawa cadangan menyiasat SIS untuk dibincangkan dalam muzakarah majlis fatwa yang akan datang, Harussani berkata:

"Ada bahagian kajian di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kertas (kajian) patut dikemukakan mereka terlebih dahulu.

"Hendak bermuzakarah mestilah ada kertas."

Tambahnya, dalam Islam, merumuskan sesuatu hukum "tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa."

Walaupun pihak lain seperti mufti boleh membentangkan kertas mereka sendiri untuk dibincangkan, tambahnya, lebih baik kemudahan dan kepakaran Jakim digunakan bagi tujuan itu.

12 June 2009

MASIH LAGI ISU SISTER IN ISLAM...ANDA RENUNGKAN DAN FIKIRKAN

Nampaknya masih ramai lagi yang bangkit mebantah cadangan pengharaman Sister In Islam. Terbaru hari ini Wanita Umno Perak membantah cadangan pengharaman tersebut sekaligus bersama dengan 322 NGO yang membantah semalam. Bahkan mereka berpendapat perlu adanya NGO seperti SIS yang memperjuangkan hak - hak wanita.

Saya tidak mahu ulas panjang. Bagi yang berfikir sila baca kenyatan media SIS tentang beberapa isu :
"Pihak Sisters In Islam berpendirian bahawa pihak berkuasa tidak sepatutnya menggunakan paksaan dalam hasratnya untuk melihat wanita Islam menutup aurat. Agama bergantung atas iman dan kesanggupan. Mengenakan undang-undang dan peraturan atas pemakaian tidak semestinya akan menambahkan ketaqwaan orang-orang Islam. Sebaliknya ini membawa kepatuhan yang timbul dari perasaan gerunkan kepada pihak berkuasa dan Islam. Ini bukannya jalan kearah taqwa"

"Al-Qur'an tidak memerintahkan kita memakai pakaian yang tertentu. Ayat-ayat mengenai kesederhanaan kelakuan dan pakaian dalam Al-Qur'an, apabila di tafsirkan menurut konteks sosio-sejarah zaman ianya di turunkan, mengagungkan sikap kesederhanaan dan tidak melampaui batas, menghindar dari perbuatan sumbang dan tidak sopan, dan memerintah kita menghormati kaum wanita sebagai satu tanda ketaqwaan. (sila lihat surat-surat Sisters In Islam kepada pengarang; NST dan Utusan Malaysia Ogos 9, 1997).
Kenyataan Media SIS tentang Kod Pakaian Terengganu 21 Mac 2000
" Oleh yang demikian, persoalan yang wajar dipertimbangkan dalam masyarakat kita pada hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula bagi bukan Islam, tetapi sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah undang-unang keluarga Islam, apabila difikirkan secara mendalam akan tujuan sebenar ayat al-Qur'an mengenai poligami: "jika takut tidak dapat berlaku adil (terhadap isteri-isteri), maka kahwinilah seorang sahaja". Sebenarnya, Kitab Suci al-Qur'an adalah satu-satunya kitab suci yang mengandungi rangkaikata "kahwinilah seorang sahaja". Malah, masyarakat orang Islamlah yang sepatutnya telah memimpin masyarakat lain dalam perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaannya."
Kenyataan Media SIS tentang Kontroversi mengenai Poligami8 Januari 2002
Ini hanya sebahagian sahaja, di masa akan datang saya akan cuba mencari lagi kenyatan SIS yang mencabar Islam. Bagi yang berilmu fikir dan renungkanlah.... apakah ini cara SIS membantu Islam?

11 June 2009

WUJUDNYA "KUMPULAN BAYANGAN" PENCETUS HURU HARA DI SELATAN THAILAND

BANGKOK: Tragedi pembunuhan di Masjid Al-Furqan di Narathiwat, Selatan Thailand, malam Isnin lepas mungkin dilakukan oleh satu "kumpulan bayangan" yang mahu menyemai rasa tidak percaya dan konflik antara penduduk yang majoritinya umat Islam dengan penganut Buddha dan dengan kerajaan, kata seorang penggubal undang-undang terkenal di Thailand.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parlimen Thai mengenai Keselamatan Nasiona, Thailand Jehrrming Tohtayong, berkata beliau percaya ia dilakukan oleh satu kumpulan baru yang mahu menimbulkan kekacauan dan keganasan di antara penduduk tempatan. "Kami mempunyai maklumat seorang penduduk menghilangkan diri beberapa hari sebelum insiden itu. Setengah orang kata dia tidak bersetuju dengan kumpulan militan sebelum menghilangkan diri," katanya ketika ditemubual di sini.
Jehrrming, yang mengetuai jawatankuasa yang mengawal isu keselamatan, berkata ia bukan perkara mudah untuk menentukan orang yang sebenarnya terbabit dalam serangan itu yang menyaksikan 10 jemaah masjid terbunuh ketika menunaikan solat Isyak manakala dua lagi di hospital malam kelmarin manakala 12 lagi yang cedera masih dirawat di hospital. Sambil mengakui kumpulan pemisah terbabit dalam kebanyakan insiden keganasan di wilayah itu, Ahli Parlimen dari Narathiwat itu berkata ada juga kumpulan dadah dan mafia tempatan terbabit dalam sesetengah kekacauan itu.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Anupong Paochinda menafikan tuduhan bahawa pasukan keselamatan menjadi dalang dalam tragedi pembunuhan di masjid itu. Lebih 3,500 orang terbunuh sejak Januari 2004 apabila kumpulan pemisah menyambung semula gerakan bersenjata bagi mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam.
Jehrrming berkata kerajaan yang ada sekarang di bawah pentadbiran Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva mendapat kerjasama yang baik daripada rakyat tetapi ramai yang takut untuk bekerjasama secara terbuka bagi mengekalkan keamanan di wilayah itu berikutan tindak balas daripada kumpulan pemberontak. Walaupun dengan menghantar 60,000 anggota keselamatan di wilayah yang bergolak yang bersempadan dengan Malaysia, Jehrrming berkata ia agak sukar bagi pasukan keselamatan untuk menyediakan perlindungan kepada keseluruhan penduduk sambil menambah bahawa polisi jangka panjang yang menggalakkan keadilan, pembangunan dan pendidikan yang lebih baik memainkan peranan yang penting bagi menyelesaikan krisis itu.
Beliau juga menafikan dakwaan di dalam sesetengah media Thai bahawa kumpulan pemberontak itu mendapat sokongan Malaysia dengan berkata kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan Thailand untuk membangunkan wilayah itu. – Bernama

10 June 2009

322 NGO DAN INDIVIDU BANTAH PENGHARAMAN SIS...DUNIA SUDAH TERBALIK!!!

Semalam saya sudah mengeluarkan pandangan saya secara peribadi tentang SIS, amat mengejutkan bahawa hari ini kita lihat sebanyak 322 NGO dan individu membantah cadangan Pas agar SIS diharamkan. Kita tidak pasti adakah seramai 322 NGO itu merupakan NGO yang mempunyai kaintan dengan Islam atau sebaliknya tetapi telah memberikan gambaran khairy jamaluddinbahawa mereka menyokong perjuangan idealisme SIS.

Bahkan Khairy Jamaludin sendiri membantah cadangan pengharaman ini, kerana baginya tidak nampak sesuatu yang telah dilakukan oleh SIS sehingga perlu ianya diharamkan. Inilah dikatakan apabila hati manusia telah gelap tidak dapat membezakan mana yang hak dan mana yang batil. Namun pandangan Khairy ini adalah sesuatu yang sudah dijangka kerana isterinya juga adalah merupakan salah seorang orang kuat SIS

Alasan yang diberikan oleh NGO'S tersebut adalah kerana negara kita adalah bebas bersuara dan bebas memberikan pendapat. Jika inilah kata - kata dan hujah mereka tidak mustahil suatu masa nanti Islam itu hanya tinggal nama sahaja kerana semua orang bebas memberikan pandangan tentang Islam walaupun sehingga ke peringkat dasarnya seperti akidah.

Ayuh lah semua jangan kita terlena dan leka dengan musuh di dalam selimut yang tidak ada lain cuba untuk menghakis pemahaman terhadap Islam

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN DAN BAHASA ARAB

Hari ini saya telah merasmikan program Peningkatan Kemahiran Pendidikan dan Bahasa Arab untuk guru - guru Kafa di Dewan Persidangan. Program ini adalah anjuran bersama Kolej Islam Darul Ridzuan ( Kisdar ), kira - kira hampir 100 orang guru - guru kafa telah menghadiri program tersebut. Secara umumnya saya amat mengharapkan agar guru - guru kafa mengambil peluang kursus ini untuk mempertingkatkan kemahiran mereka terutamanya dalam menyampaikan pengajaran kepada anak - anak murid.

Memang diakui bahawa guru - guru kafa tidaklah seperti guru - guru sekolah di bawah Kementerian yang sering mempunyai pelbagai kemudahan untuk dimanfaatkan. Namun kita tidak seharusnya menajdikan ianya sebagai satu alasan untuk hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Amanah yang telah diberikan sebagai pendidik seharusnya dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.

Semua guru - guru kita yakin mempunyai ilmu yang cukup untuk mengajar SRAR, namun sekadar ilmu tanpa kemahiran yang betul kita akhirnya akan gagal. Ibarat kita diberikan senapang, pastinya semua boleh menembak dengan hanya menekan picunya. Tetapi yang menjadi masalah adakah tembakan itu menepati sasaran atau hanya sekadar peluru sahaja yang keluar. Setepat mana tembakan itu bergantung kepada sejauh mana kemahiran kita menggunakan senapang tersebut.

TRAGEDI SERANGAN DI NARATHIWAT : SEJARAH TAK BAI DAN KRISEK BERULANG KEMBALI

Serangan yang berlaku di Masjid Al-Furqan Kg Air Tempayan, Mukim Cho Ai rong Narthiwat Selatan Thailand sehingga membunuh 12 orang telah mencatatkan satu lagi sejarah hitam. Apatah lagi serangan tersebut dilaporkan berlaku ketika jemaah masjid tersebut sedang menunaikan Solat Isya dan lebih menyayat hati lagi ialah ketika sedang membaca surah Al-Fatihah. Peristiwa ini sekali lagi mengingatkan kita tentang peristiwa berdarah yang berlaku di Tak Bai dan juga Masjid Krisek beberapa tahun yang lalu. Kita doakan semoga mereka yang mati diserang semasa sedang solat ditempatkan di sisi roh orang yang beriman..

Satu lagi tragedi hitam berlaku di Selatan Thailand

Ahli keluarga melihat jenazah yang masih bergelimpangan di masjid

Semua jenazah dikebumikan satu liang

09 June 2009

CADANGAN PENGHARAMAN SISTER IN ISLAM.. SETAKAT MANA SUMBANGAN SIS PADA ISLAM?

Hari ini juga Sister In Islam ( SIS ) memberikan respon terhadap usul yang dikemukakan semasa Mukatamar Pas baru - baru. Di mana pengerusinya sendiri iaitu Marina Chin Abdullah tidak bersetuju sama sekali dan menganggap bahawa Pas tidak demokratik kerana tidak menerima prinsip keterbukaaan dalam membrikan pendapat.

Inilah akibatnya apabila orang yang hendak bercakap Islam tidak faham Islam yang sebenarnya. Benar Islam membuka ruang untuk menerima pendapat tetapi ianya ada batasan. Memang kita lihat bahawa SIS ini tidak lebih sebagai topeng semata - mata dengan menggunakan nama Islam di dalam pertubuhan tersebut. Tetapi tindakannya lebih kepada seperti mencabar Islam itu sendiri.

Apakah kita lupa bahawa telah banyak tuntutan yang dibuat oleh SIS sebelum ini melampaui dari batasan agama yang sebenarnya sehinggalah isu yang paling besar adalah cadangan agar diwujudkan IFC. Bahkan SIS ini dilihat cuba bergerak dengan berselindung dengan beberapa pemimpin besar supaya dilihat ianya bertapak kukuh.

Hari ini banyak pihak yang marahkan sebarang usaha membenarkan Chin Peng ( Parti Komunis Malaya ) masuk ke Malaysia semula kerana bimbang idealismenya akan merebak di kalangan masyarakat kita. Namun berapa ramaikah yang sedar bahawa betapa banyaknya pertubuhan NGO hari ini yang membawakan idealisme yang cuba untuk menghancurkan Islam. Apakah kita berfikiran bahawa perjuangan idealisme menentang Islam tidak seteruk yang dilakukan oleh PKM suatu masa dahulu?

Sebagai yang memegang amanah untuk membawa Islam kita harus sedar tentang realiti hari ini bahawa "Islam itu terhalang kerana Orang Islam sendiri".

SUBJEK B.I WAJIB LULUS : LAKUKAN KAJIAN MENYELURUH DAHULU

Cadangan dari pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran untuk menjadikan subjek wajib lulus SPM kini menjadi perhatian semua pihak. Secara dasarnya belum pun reda isu PPSMI timbul pula cadangan ini, bahkan tidak mustahil wujudnya cadangan ini bertitik tolak dari isu PPSMI. Namun begitu dalam hal ini kerajaan seharusnya lebih berhati - hati dalam membuat sesuatu keputusan khususnya tentang isu pendidikan

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Menteri Pelajaran bahawa cadangan ini perlu diteliti oleh semua pihak dan pandangan dari semua pihak adalah dialukan. Kita semua harus sedar bahawa SPM adalah merupakan kayu pengukur kepada masa depan seseorang pelajar. Cerah atau tidak masa depan pelajar itu bergantung keputusan SPM yang diperolehi. Kita akur bahawa dalam suasana dunia tanpa sempadan pada hari ini penguasaan Bahasa Inggeris adalah satu keperluan yang utama. Namun begitu kewajaran cadangan ini seharusnya juga tidak membunuh masa depan anak - anak kita.

Saya syorkan agar satu kajian dibuat terlebih dahulu dengan mengambil kira - kira beberapa aspek. Ambillah iktibar dari perlaksanaan PPSMI yang sehingga kini masih lagi kedengaran suara yang tidak setuju dengan perlaksanaanya sehingga dikatakan akan membunuh Bahasa Melayu itu sendiri. Kita juga tidak mahu berlakunya banyak pembaziran terutamanya dalam program pendidikan hanya kerana ianya dilaksanakan tanpa kajian yang menyeluruh. "Berfikir biar panjang, bertindak biar segera"

ISU KERAJAAN PERPADUAN....LIHAT KEMBALI SEJARAH

Selepas berakhirnya muktamar PAS isu berkenaan kerajaan perpaduan mula dibangkitkan kembali. Ada yang pro dan ada yang kontra di samping ada juga yang cuba mengambil kesempatan dari isu tersebut untuk melaga-lagakan antara sesama pemimpin. Jika kita kembali semula kepada Islam jelas menunjukkan arahan Allah agar kita bersatu padu pada tali Allah ( Surah ali-Imran : 104 ).

Kita harus melihat kembali semula pada sejarah terdahulu, di mana kita pernah duduk semeja dan berbincang bagi mencapai kata sepakat dengan Parti Komunis Malaya ( PKM ) di Baling. Walaupun keputusannya tidaklah menyelesaikan segala masalah tetapi di sini kita lihat bahawa kita mampu duduk semeja dengan mereka yang jauh lebih zalim. Maka mengapa pula ada halangan untuk kita khususnya semua parti politik pada hari ini duduk semeja berbincang terutamanya tentang bagaimana masa depan rakyat. Jangan kita terlalu lebih berpolitik sehingga kita lupa akan batasan tanggungjawab sosial kita, "we are not a machine robot" tetapi kita adalah manusia yang punyai naluri dan perasaan sesama manusia.

08 June 2009

KENAPA HATI TIDAK BAHAGIA ?...CUBA RENUNGKAN 9 PERKARA INI!

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"

Read More Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

INFLUENZA A ( H1N1 ) : TERBARU KES KE-7

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan kes ketujuh positif Influenza A(H1N1), melibatkan seorang pelajar perempuan warga Australia yang datang ke Malaysia bersama-sama ibunya untuk menziarah saudara mara mereka di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mereka tiba di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) dari Melbourne, Australia pada pukul 7 pagi semalam melalui penerbangan Air Asia X D7 2723.

"Beliau didapati mempunyai suhu badan yang tinggi semasa saringan demam menggunakan thermoscanner di LCCT, dan daripada pemeriksaaan lanjut oleh pasukan perubatan bertugas, beliau memberi riwayat telah mula demam, batuk dan sakit tekak sejak sehari sebelum tiba di Malaysia," kata Dr Mohd Ismail.

Katanya pelajar itu yang didapati mempunyai tandatanda jangkitan influenza terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.15 pagi dan dimasukkan ke wad khas pada 9.50 pagi dan disahkan menghidap jangkitan influenza A(H1N1) itu pada pukul 10.34 malam hari yang sama.

Menurut beliau, pelajar itu telah diberikan rawatan antiviral dan kini dalam keadaan stabil.

Semalam, Malaysia mengesahkan kes keenam positif Influenza A(H1N1), melibatkan seorang pelajar Malaysia yang menetap di New York dan pulang ke tanah air pada Rabu lepas dan keseluruhan tujuh kes ini adalah kes import.

Dr Mohd Ismail berkata ibu pelajar Australia itu tidak menunjukkan tanda jangkitan dan sedang diletakkan di bawah kuarintin rumah.

Pesawat Air Asia tersebut dilaporkan membawa 258 orang penumpang dan pesakit terbaru ini duduk di kerusi 31A.

Kementerian Kesihatan meminta semua penumpang pesawat tersebut terutamanya yang duduk di tiga baris di hadapan, belakang, kiri dan kanan agar menghubungi kementerian di talian 03-88810200 atau 03-88810300 antara pukul 8 pagi dan 9 malam.

Pada masa ini, beliau berkata seramai 143 kontak sedang diletakkan di bawah kuarintin rumah dan kesemuanya berada dalam keadaan sihat tanpa gejala jangkitan ini.

Kontak-kontak ini melibatkan kes ketiga, keempat, kelima, keenam serta kes ketujuh yang melibatkan seorang kontak.

Katanya kementerian sedang mengesan kontak-kontak lain termasuk penumpang penerbangan yang sama dengan kesemua kes tersebut.

Beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 8 pagi ini, turut melaporkan dua lagi negara iaitu Barbados dan Arab Saudi dengan masing-masing satu kes Influenza A(H1N1).

Pada masa yang sama, sejumlah 22,092 kes dengan 125 kematian dari 69 negara telah dilaporkan. Mstar.

03 June 2009

MESYUARAT ATAU MUSYAWARAH...

Alhamdulillah hari ni selesai mesyuarat 2 mesyuarat iaitu mesyuarat bahagian dan mesyurat unit. Iaitu pada sebelah malam mesyuarat unit sehingga jam 12.00 malam. Habis mesyuarat pergi kenduri pulak di rumah kawan balik jam 1.00 pagi.

Pagi tadi jam 8.30 mesyuarat bahagian pulak, berbagai permasalahan yang ditimbulkan, sehinggalah berlarutan mesyuarat ke pukul 12.30 tgh. Namun begitu masih banyak lagi persoalan yang belum dapat diseselaikan terumanya kami pegawai - pegawai yang berada di daerah. Apapun cuma satu sahaja kata - kata boss sepanjangh mesyuarat tadi yang masih lagi melekat di ingatan sehingga kini "KALAU KITA CUMA ADA KEKUATAN UNTUK BERLARI SETAKAT 50 METER, KENAPA PERLU KITA NAK BERLARI SEHINGGA 100 METER". Kata - kata yang sungguh mendalam, renungkan kata tersebut...

MANUSIA BERTANYA...AL-QURAN MENJAWAB

Manusia sering bertanya, namun sedarkah kita bahawa sebenarnya Al-Quran sebenarnya sudah pun menjawab sebahagian persoalan kita......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
AL-QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
( Surah Al-Ankabut : 2-3 )

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
AL-QURAN MENJAWAB : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
( Surah Al-Baqarah : 216 )

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
AL-QURAN MENJAWAB : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '- Surah Al-Baqarah ayat 286.

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
AL-QURAN MENJAWAB : "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
( Surah Al-Imran ayat 139 )

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

AL-QURAN MENJAWAB : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" ( Surah Al-Baqarah ayat 45 )

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
AL-QURAN MENJAWAB 'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111.

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
AL-QURAN MENJAWAB 'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '- Surah At-Taubah ayat 129.

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
AL-QURAN MENJAWAB '... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'- Surah Yusuf ayat 12Kalu nak mengeluh lagi ............ pi ngaji

semoga ianya amat berguna bagi orang yang berfikir...

Read More Manusia sering bertanya, namun sedarkah kita bahawa sebenarnya Al-Quran sebenarnya sudah pun menjawab sebahagian persoalan kita......

02 June 2009

GAMBAR STADIUM YANG RUNTUH

Antara paparan gambar Stadium Gong Badak Kuala Terenganu yang runtuh pagi tadi

Read More Antara paparan gambar Stadium Gong Badak Kuala Terenganu yang runtuh pagi tadi

TERKINI...STADIUM GONG BADAK K. TERENGGANU RUNTUH

Sumber : Malaysiakini.com

Bumbung Stadium Gong Badak runtuh
Abdul Rahim Sabri Jun 2, 09 11:03am

Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.

Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing."Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.

Read More Sumber : Malaysiakini.com

01 June 2009

AKHLAK AHLI GERAKAN ISLAM

Setiap manusia memiliki potensi dan bakat tersendiri yang boleh melonjakkannya menjadi insan yang amat diperlukan oleh masyarakat, apatah lagi jika manusia ini daripada jenama Muslim, pasti dia amat diperlukan oleh agamanya untuk mengembang, memperkasa, membenteng, melindunginya daripada anasir yang boleh menggugat kekuatannya daripada serangan makhluk perosak akidah, iman dan ilmu pengetahuan agama.

Ia semua tertakluk kepada sejauhmana insan Muslim itu dapat membentuk jati dirinya dengan aspek tarbiyah yang telah diperkatakan sebelum ini, dengan mengambil kira semua jenis tarbiyah yang diperlukan oleh seseorang ahli gerakan Islam yang aktif, di samping memelihara uslub dakwah yang berkesan bagi memastikan kesinambungan gerakan Islam terus utuh dan kukuh di persada alam ini.

Bagi memastikan agar Islam terus berkembang melalui usaha dan kerja dakwah, ahli-ahli gerakan Islam perlu memelihara beberapa konsep akhlak yang dikira sebagai penting bagi meneruskan misi untuk memartabatkan Islam sebagai agama tertinggi dalam perjuangan hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini, antara akhlak tersebut yang mesti dipelihara ialah:

1. Akhlak terhadap Allah

2. Akhlah terhadap Rasulullah

3. Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran)

4. Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah

5. Akhlak sesama jiran tetangga

6. Akhlak terhadap orang ramai

sumber : Harakahdaily