Yang Mengikuti Blog ini :

09 June 2009

CADANGAN PENGHARAMAN SISTER IN ISLAM.. SETAKAT MANA SUMBANGAN SIS PADA ISLAM?

Hari ini juga Sister In Islam ( SIS ) memberikan respon terhadap usul yang dikemukakan semasa Mukatamar Pas baru - baru. Di mana pengerusinya sendiri iaitu Marina Chin Abdullah tidak bersetuju sama sekali dan menganggap bahawa Pas tidak demokratik kerana tidak menerima prinsip keterbukaaan dalam membrikan pendapat.

Inilah akibatnya apabila orang yang hendak bercakap Islam tidak faham Islam yang sebenarnya. Benar Islam membuka ruang untuk menerima pendapat tetapi ianya ada batasan. Memang kita lihat bahawa SIS ini tidak lebih sebagai topeng semata - mata dengan menggunakan nama Islam di dalam pertubuhan tersebut. Tetapi tindakannya lebih kepada seperti mencabar Islam itu sendiri.

Apakah kita lupa bahawa telah banyak tuntutan yang dibuat oleh SIS sebelum ini melampaui dari batasan agama yang sebenarnya sehinggalah isu yang paling besar adalah cadangan agar diwujudkan IFC. Bahkan SIS ini dilihat cuba bergerak dengan berselindung dengan beberapa pemimpin besar supaya dilihat ianya bertapak kukuh.

Hari ini banyak pihak yang marahkan sebarang usaha membenarkan Chin Peng ( Parti Komunis Malaya ) masuk ke Malaysia semula kerana bimbang idealismenya akan merebak di kalangan masyarakat kita. Namun berapa ramaikah yang sedar bahawa betapa banyaknya pertubuhan NGO hari ini yang membawakan idealisme yang cuba untuk menghancurkan Islam. Apakah kita berfikiran bahawa perjuangan idealisme menentang Islam tidak seteruk yang dilakukan oleh PKM suatu masa dahulu?

Sebagai yang memegang amanah untuk membawa Islam kita harus sedar tentang realiti hari ini bahawa "Islam itu terhalang kerana Orang Islam sendiri".

No comments:

Post a Comment