Yang Mengikuti Blog ini :

12 June 2009

MASIH LAGI ISU SISTER IN ISLAM...ANDA RENUNGKAN DAN FIKIRKAN

Nampaknya masih ramai lagi yang bangkit mebantah cadangan pengharaman Sister In Islam. Terbaru hari ini Wanita Umno Perak membantah cadangan pengharaman tersebut sekaligus bersama dengan 322 NGO yang membantah semalam. Bahkan mereka berpendapat perlu adanya NGO seperti SIS yang memperjuangkan hak - hak wanita.

Saya tidak mahu ulas panjang. Bagi yang berfikir sila baca kenyatan media SIS tentang beberapa isu :
"Pihak Sisters In Islam berpendirian bahawa pihak berkuasa tidak sepatutnya menggunakan paksaan dalam hasratnya untuk melihat wanita Islam menutup aurat. Agama bergantung atas iman dan kesanggupan. Mengenakan undang-undang dan peraturan atas pemakaian tidak semestinya akan menambahkan ketaqwaan orang-orang Islam. Sebaliknya ini membawa kepatuhan yang timbul dari perasaan gerunkan kepada pihak berkuasa dan Islam. Ini bukannya jalan kearah taqwa"

"Al-Qur'an tidak memerintahkan kita memakai pakaian yang tertentu. Ayat-ayat mengenai kesederhanaan kelakuan dan pakaian dalam Al-Qur'an, apabila di tafsirkan menurut konteks sosio-sejarah zaman ianya di turunkan, mengagungkan sikap kesederhanaan dan tidak melampaui batas, menghindar dari perbuatan sumbang dan tidak sopan, dan memerintah kita menghormati kaum wanita sebagai satu tanda ketaqwaan. (sila lihat surat-surat Sisters In Islam kepada pengarang; NST dan Utusan Malaysia Ogos 9, 1997).
Kenyataan Media SIS tentang Kod Pakaian Terengganu 21 Mac 2000
" Oleh yang demikian, persoalan yang wajar dipertimbangkan dalam masyarakat kita pada hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula bagi bukan Islam, tetapi sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah undang-unang keluarga Islam, apabila difikirkan secara mendalam akan tujuan sebenar ayat al-Qur'an mengenai poligami: "jika takut tidak dapat berlaku adil (terhadap isteri-isteri), maka kahwinilah seorang sahaja". Sebenarnya, Kitab Suci al-Qur'an adalah satu-satunya kitab suci yang mengandungi rangkaikata "kahwinilah seorang sahaja". Malah, masyarakat orang Islamlah yang sepatutnya telah memimpin masyarakat lain dalam perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaannya."
Kenyataan Media SIS tentang Kontroversi mengenai Poligami8 Januari 2002
Ini hanya sebahagian sahaja, di masa akan datang saya akan cuba mencari lagi kenyatan SIS yang mencabar Islam. Bagi yang berilmu fikir dan renungkanlah.... apakah ini cara SIS membantu Islam?

No comments:

Post a Comment