Yang Mengikuti Blog ini :

17 June 2009

SEMAKIN BERPOLEMIK ISU KERAJAAN PERPADUAN..

Hari ini masih lagi membicarakan tentang kerajaan perpaduan. Berbagai versi yang kita lihat ada pihak yang setuju dan ada yang tak bersetuju. Hal ini pastinya menambahkan lagi polemik isu ini. Bagi kita yang duduk di bawah sebagai rakyat secara jujur pastinya kita nak yang terbaik.

Jika dengan wujudnya kerajaan perpaduan ini akan membawa perubahan yang lebih menjurus kepada Islamik, semoga ianya diperkenankan Allah. Namun andai dengan keadaan seperti sedia ada pada hari ini boleh memangkin suasana agar lebih kuat pengorbanan kita dan istiqomah kita kepada Islam Alhamdulillah. Ingat bahawa ujian Allah bukan sahaja datang dalam keadaan kita susah sahaja, bahkan adakalanya ujian datang dalam keadaan kita senang.

Hakikatnya dalam setiap tindakan yang hendak dilakukan pastikan bukan bertujuan untuk kepentingan diri semata. Islam hendaklah menjadi tunjang dalam setiap urusan pentadbiran.

Di sini dibawakan antara pendapat Tok Guru Nik Aziz ( sumber dari Harakahdaily )

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu."Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia�bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. Harakahdaily.

Ini pula pendapat Tok Guru Nik Aziz ( sumber Malaysiakini )

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah,"

Cuba kita renung semula kedua-dua sumber pendapat ini....

No comments:

Post a Comment