Yang Mengikuti Blog ini :

19 July 2009

UPSR PULA INGIN DIMANSUHKAN ?

Sekali lagi isu pendidikan bergema kembali. Ianya bermula apabila Naib Ketua Pemuda Umno YB Dato' Razali Ibrahim mengeluarkan pendapatnya mengatakan bahawa UPSR perlu dimansuhkan. Belum pun reda tentang isu pemansuhan PPSMI yang masih lagi diperingkat untuk memberikan penjelasan oleh pihak Kementerian kini timbul pula cadangan nak dimansuhkan UPSR.

Bagi saya secara peribadi ingin bertanya adakah cadangan dari Naib Ketua Pemuda Umno itu datang setelah satu kajian yang menyeluruh dibuat? Atau adakah ini hanya sekadar bersifat political will. Ini kerana sebab beliau memberikan cadangan sedemikian kerana UPSR tidak membantu dalam perkembangan pendidikan pelajar - pelajar ianya lebih kepada untuk lulus dan memilih pelajar manakah yang akan masuk ke sekolah berasrama penuh semasa peringkat menengah nanti

Walaupun setakat ini belum ada apa - apa respons dari pihak kerajaan terhadap cadangan tersebut tetapi apa yang ingin ditekankan di sini ialah biarlah setiap tindakan yang akan dilaksanakan terutamanya dalam menyentuh dasar pelajaran anak - anak ini tidak dilakukan sewenang - wenangnya. Kerana yang akan jadi mangsa nanti adalah anak - anak kita juga. Ambillah pengiktibaran dalam perlaksanaan PPSMI yang dilihat secara peribadi lebih terburu - buru sehingga terpaksa ditangguhkan perlaksanaannya kemudian hari.

Biarlah satu kajian yang meneyeluruh dahulu dilakukan barulah mengambil langkah - langkah yang wajar. Jangan memperjudikan masa depan anak - anak kita hanya semata - mata pendapat yang kabur dan tidak realistik.

No comments:

Post a Comment