Yang Mengikuti Blog ini :

18 July 2009

TANDA TANYA KEMATIAN SU POLITIK EXCO SELANGOR ? : APA SEBENARNYA BERLAKU

Berkaitan insiden kematian SU Politik Exco Selangor, ianya satu insiden yang amat mengejutkan. Walaupun ianya dikatakan masih lagi di dalam siasatan tetapi secara peribadi saya merasakan seolah - olah ada sesuatu yang tidak kena berhubung kematian beliau.

Ada beberapa kemungkinan di sini iaitu adakah dia terjatuh dari bangunan atau adakah dia terjun membunuh diri, atau adakah dia dibunuh oleh seseorang. Kemungkinan ianya tidak lari dari 3 sebab utama ini. Sebagai salah seorang yang bertugas sebagai I.O ( Investigator Officer for Religious Enforcement ) ataupun disebut sebagai pegawai penyiasat agama. Bagi mennyelesaikan sesuatu kes terlebih dahulu kita mesti membuat beberapa andaian dengan mengemukakan beberapa teori sebelum menguji kebenaran andaian tersebut.

Sebagai contoh mari kita melihat andaian pertama di dalam kes ini iaitu "Adakah mungkin beliau mati kerana terjatuh" ? Mungkin terlintas di fikiran kita apakah mungkin terlalu longgar ciri-ciri keselamatan bangunan Plaza Massalam itu sehingga memudahkan orang yang berada di bangunan tersebut boleh tergelincir dan terjatuh terus dari bangunan tersebut. Seandainya dia terjatuh dari tingkap bagaimanakah dia boleh tergelincir dari tingkap dan apakah tingkap tersebut senang - senang dibuka sedangkan bangunan tersebut adalah bangunan berhawa dingin. Saya tidak akan menjawab persoalan itu tetapi hanya sekadar memberikan bayangan andaian tersebut .

Seandainya beliau terbunuh dengan andaian kedua iaitu "Adakah beliau terbunuh kerana membunuh diri". Kebiasaanya di dalam kes membunuh diri ianya pasti membabitkan seseorang itu mengalami tekanan perasaan yang begitu tinggi. Apabila kita merujuk kepada kronologi kes ini beliau telah dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan sebagai SAKSI bagi kes penyalahgunaan wang peruntukan DUN. Perlu diulang di sini beliau hanyalah dipanggil sebagai saksi kes bukan sebagai suspek. Dan di dalam mana- mana kes sekalipun samada kes di mahkamah syariah atau sivil sekalipun sesiapa yang telah dipanggil sebagai saksi tidak akan samasekali terbabit sebagai suspek melainkan ada beberapa sebab tertentu seperti memberikan keterangan palsu atau didapati bersubahat. Tetapi kita lihat bahawa suspek di dalam kes ini sendiri iaitu exco selangor kita dapati masih lagi dalam keadaan seperti biasa dan tidak nampak tekanan perasaan yang dialaminya. Mengapa mungkin SU politiknya yang perlu lebih tertekan dalam hal ini apatah lagi dia hanya sekadar saksi sahaja. Bahkan ditambah pula situasi bahawa beliau ketika ini sedang sibuk membuat persiapan hari perkahwinan dengan tunangnya. Pastinya sesiapa sahaja yang berada di dalam situasi sebegini berada di dalam keadaan yang gembira lagi seronok tidak ada sebarang tekanan yang perlu dihadapinya.

Apakah mungkin pula kes ini terjadi kerana dia memang dibunuh ?. Kalau kita melihat kes ini mungkin ianya akan mengingatkan kita tentang kematian salah seorang anggota penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar ( kalau tidak silap saya namanya Rumie Azan ) beberapa tahun yang lalu yang mana kematiannya juga sama seperti kes ini iaitu jatuh dari bangunan. Timbul persoalan samada dia mati dibunuh atau dia membunuh diri atau dia tergelincir. Cuma di dalam kes tersebut ialah si mati adalah merupakan anggota penguatkuasa yang cuba membongkar sesuatu kes tentang pencemaran alam sekitar tetapi tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Namun kes ini telah selesai di peringkat mahkamah.

Sekali lagi saya tidak berhasrat untuk menggangu siasatan kes tetapi sekadar untuk memberikan gambaran secara peribadi. Kerana andai ianya berlaku tanpa motif tertentu mungkin tidak ada masalah namun jika sebaliknya sebagai salah seorang rakyat yang cintakan negara saya rasa terpanggil....

No comments:

Post a Comment