Yang Mengikuti Blog ini :

22 July 2009

KETERLANJURAN ANAK - ANAK MUDA : ADAKAH SATU LUMRAH HARI INI ???

Hari ini saya amat letih kerana terlalu banyak kes yang perlu dikendalikan terbaru pada pagi tadi saya bersama - sama dengan aggota yang lain telah berjaya menahan sepasang pelajar lelaki dan perempuan yang baru sahaja selesai melakukan persetubuhan haram di dalam sebuah rumah.

Lebih menyedihkan kedua-dua pelajar yang masih bersekolah di tingkatan 5 tersebut berpakaian sekolah namun tidak pergi ke sekolah sebaliknya melencong ke tempat lain. Dan apabila ditanya kepada mereka keduanya mengaku bahawa sudah banyak kali melakukan perbuatan yang sedemikian ( persetubuhan haram ) tersebut. Bahkan mereka tidak segan silu untuk menceritakan perbuatan terkutuk mereka seolahnya ianya satu perkara yang lumrah bagi mereka.

Lebih menyedihkan lagi apabila ditanya tentang solat. Pelajar perempuan menjawab dia sudah setahun tidak pernah sembahyang, manakala pelajar lelaki tersebut mengatakan hanya bersembahyang maghrib sahaja. Bahkan setelah diperiksa di dalam handset mereka terdapat begitu banyak video - video lucah yang disimpan. Bahkan semasa saya sedang sibuk mengeuruskan kes ini tiba - tiba pihak Hospital menghubungi saya dengan mengatakan bahawa terdapat dua kes mengandung tanpa nikah di mana seorang baru sahaja bersalin dan seorang lagi sedang menunggu saat untuk bersalin.

Apakah ini antara generasi - generasi yang ingin kita harapkan di masa hadapan? Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Ibubapa?, guru?, jiran?, kawan? masyarakat?.... Ataukah kita semua bersalah dan bertanggungjawab...!

1 comment:

  1. memang menakutkan sekali..

    moga bala Allah ini dapat kita dan zuriat2 kita hindari

    ReplyDelete