Yang Mengikuti Blog ini :

28 July 2009

SEMINAR KEMUKJIZATAN AL-QURAN

Semalam telah diadakan Program Seminar Kemukjizatan Al-Quran : Reality dan Realisasi anjuran Institut Tadbiran Islam Perak ( INTIM ) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Gerik. Program tersebut telah dijalankan di Dewan Persidangan dengan dihadiri kira - kira hampir 300 orang peserta yang terdiri daripada guru - guru kafa, pegawai - pegawai masjid , wakil jabatan - jabatan kerajaan mendapat sambutan yang diluar jangkaan sehingga dewan penuh sesak.

Seminar tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Yusof Bin Hussin ( Timb. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak ), serta menjemput 2 orang pembentang kertas kerja. Iaitu Al-Fadhil Ust Dr. Fahmi Bin Abdul Khir ( Pensyarah Kolej Komuniti Gerik ) yang membentangkan kertas kerja bertajuk " Kemukjizatan Al-Quran : Analisis dari Sudut Bahasa " manakala pembentang kertas kerja kedua pula ialah Prof. Madya Dr. Fakhruldin Bin Hashim ( Pensyarah Universiti Teknologi Petronas ) yang membentangkan kertas kerja bertajuk : " Pendidikan Islam Dalam Arus Moden : Pendekatan Pengajian Akidah dan Sains Kejuruteraan".

Antara lain tujuan seminar ini diadakan bagi memberikan pendedahan secara langsung tentang kemukjizatan Al-Quran yang disingkap melalui pendekatan Sains dan Bahasa Al-Quran. Amat menarik pembentangan bagi kedua-dua kertas kerja tersebut.

No comments:

Post a Comment