Yang Mengikuti Blog ini :

30 July 2009

PERLAKSANAAN HUKUMAN SEBAT SYARIAH MASIH BELUM SERAGAM

Terdapat negeri masih tidak guna pakai undang-undang dilulus Majlis Raja-Raja

KELMARIN, dinyatakan butiran mengenai cara pelaksanaan hukuman sebat syariah, alatan digunakan untuk menyebat, perbandingan dengan hukuman sebat di mahkamah sivil serta halangan dan cabarannya.

Malah, dalam ruangan ini kelmarin diperincikan cara melaksanakan hukuman sebat bagi kesalahan syariah serta perbandingan hukuman sebat syariah dan hukuman sebat di mahkamah sivil.

Kali ini pula kita melihat perbezaan hukuman sebat syariah di antara negeri-negeri. Seperti dinyatakan kelmarin, kesalahan jenayah syariah yang membawa kepada hukuman sebat berbeza antara satu negeri dengan negeri lain.

Ini disebabkan banyak negeri tidak memakai undang-undang seragam yang diluluskan oleh Majlis Raja-Raja berkaitan dengan undang-undang kesalahan jenayah syariah. Namun begitu, hukuman sebat maksimum yang boleh dikenakan adalah tidak melebihi enam kali sebat..

Kesalahan jenayah syariah yang membawa hukuman sebat mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor: (Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bagi kesalahan doktrin palsu, mencemarkan tempat ibadat, sumbang mahram, melacurkan diri atau isteri, muncikari, persetubuhan luar nikah, persediaan persetubuhan luar nikah dan persetubuhan bertentangan dengan tabii. Hukumannya ialah denda RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau sebat tidak melebihi enam kali atau mana-mana kombinasi.

Kelantan: (Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985) bagi zina, mukadimah zina, liwat dan meminum minuman yang memabukkan. Bagi kesalahan zina, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya dan sebatan tidak lebih enam kali. Untuk mukadimah zina pula boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan sebat tidak lebih tiga kali.

Untuk kesalahan liwat, dendanya tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan sebat tidak lebih enam kali manakala kesalahan meminum yang memabukkan membawa kepada hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan sebat tidak lebih enam kali

Wilayah Persekutuan: (Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Kesalahan melakukan doktrin palsu, perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, liwat dan musahaqah, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau sebat tidak lebih enam kali sebat atau mana-mana kombinasi.

Melaka: (Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991. Kesalahan bagi perhubungan jenis luar tabii ialah denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 36 bulan atau rotan tidak lebih enam kali sebat atau mana-mana kombinasi

Perlis: (Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991). Kesalahan doktrin palsu, perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, liwat dan musahaqah dan minuman yang memabukkan. Denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau rotan tidak lebih enam kali sebat atau mana-mana kombinasi.

Johor: (Enakmen Kesalahan Syariah) 1997. Kesalahan doktrin palsu, sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, liwat dan musahaqah. Denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau rotan tidak lebih enam kali sebat atau mana-mana kombinasi.

Perak: (Enakmen Jenayah Syariah (Syariah) 1992. Kesalahan perhubungan muabbad dan ghairu muabbad, melacurkan isteri serta persetubuhan haram, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan sebat tidak lebih enam kali sebatan.

Terengganu: (Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001). Kesalahan doktrin palsu, perbuatan sumbang mahram, perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri, perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan isteri atau kanak-kanak dalam pemeliharaannya, melacurkan isteri atau anak, muncikari dan musahaqah. Denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau rotan tidak lebih enam kali sebat atau mana-mana kombinasi.

Sarawak: (Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah (2001). Kesalahan doktrin palsu, perbuatan sumbang Mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, liwat dan musahaqah. Denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau rotan tidak lebih enam kali sebat atau mana-mana kombinasi

Sabah: (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995). Kesalahan persetubuhan luar tabii dan persetubuhan haram, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau rotan tidak lebih enam kali sebat atau mana-mana kombinasi.

Kanun Prosedur Jenayah 1998 (CPC)

Kanun Prosedur Jenayah 1998 ini terpakai kepada sebat yang dikenakan oleh Mahkamah Sivil. Sebat jenis ini adalah agak berlainan dengan sebat syariah. Undang-undang yang berkaitan dengan sebatan pula ada dalam CPC seperti berikut:

Tempat dan masa sebat akan ditentukan oleh mahkamah.

Sekiranya pesalah dikenakan sebatan tambahan kepada hukuman penjara, sebat itu tidak akan dijatuhkan sehingga selepas tamat tujuh hari daripada tarikh dijatuhkan hukuman atau selepas tamat 14 hari daripada tarikh dijatuhkan hukuman jika sekiranya hukuman penjara dilanjutkan sehingga 14 hari atau jika sekiranya rayuan dibuat, dalam masa itu sehingga keputusan muktamad dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan.

Bilangan sebat akan ditentukan di dalam hukuman itu. Bilangan sebat tidak boleh melebihi 24 sebatan untuk kes membabitkan orang dewasa atau 10 sebatan untuk pesalah muda melainkan dinyatakan sebaliknya melalui apa-apa undang-undang bertulis lain.

Rotan yang digunakan untuk sebat hendaklah tidak melebihi setengah inci diameter.

Dalam kes pesalah dijatuhkan sebat di bawah Seksyen 403, 404,406,407, 408,409 atau 420 Kanun Kesiksaan atau seorang pesalah muda, sebat hendaklah dikenakan dengan kaedah disiplin sekolah dengan rotan yang ringan.

Apabila seseorang disabitkan dalam suatu perbicaraan dengan salah satu daripada dua atau pelbagai kesalahan, iaitu salah satu daripadanya disabitkan, boleh dijatuhkan dengan hukuman sebat. Kombinasi hukuman sebat yang akan dijatuhkan oleh Mahkamah untuk kesalahan berkenaan mestilah tidak melebihi 24 sebat keseluruhannya bagi kesalahan yang membabitkan golongan dewasa dan 10 sebat untuk pesalah muda.

Seksyen 289

Hukuman tidak boleh dijatuhkan secara berperingkat- peringkat dan golongan yang berikut tidak boleh dikenakan hukuman sebat iaitu perempuan, lelaki yang akan dijatuhi hukuman mati dan lelaki lebih daripada 50 tahun.

Seksyen 290

Sebatan tidak akan dijalankan melainkan pegawai perubatan mengesahkan pesalah sihat tubuh badan untuk menerima hukuman sebatan itu. Jika ketika hukuman dijalankan, pegawai perubatan mengesahkan bahawa pesalah itu tidak sihat tubuh badan untuk menerima baki sebatan, maka sebatan akan diberhentikan.

Sebatan sivil hanya dijatuhkan bagi kesalahan yang serius. Sebat sivil biasanya mendatangkan kecederaan, berdarah dan meninggalkan kesan parut sehingga lebih dua tahun. Luka disebabkan sebat pula hanya akan pulih setelah berminggu-minggu.

Sumber :Penolong Setiausaha Persatuan Peguam Muslim Malaysia

No comments:

Post a Comment