Yang Mengikuti Blog ini :

26 July 2009

H1N1 : 3 GOLONGAN DINASIHATI TANGGUH HAJI

KAHERAH: Menteri Kesihatan Arab menasihatkan orang tua, kanak-kanak dan mereka yang berpenyakit kronik mengelak daripada mengerjakan haji tahun ini bagi memperlahankan penularan wabak selesema babi..

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar di Kaherah yang berlanjutan awal pagi tadi.

Kira-kira tiga juta jemaah haji mengunjungi Makkah dan Madinah pada setiap musim haji.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, kematian akibat virus H1N1 meningkat sekali ganda dalam tempoh tiga minggu kepada lebih 700 daripada kira-kira 300 orang.

Menteri Kesihatan itu berkata jika vaksin H1N1 diperoleh sebelum musim haji, jemaah perlu menyertakan laporan imunisasi untuk mendapatkan visa haji. - AP

No comments:

Post a Comment