Yang Mengikuti Blog ini :

15 July 2009

MELAYU HANYA BERSATU TATKALA TERSEPIT : TITAH RAJA DR. NAZRIN SHAH

Saya memohon maaf kerana tidak dapat update laman blog ini selama 3 hai kerana saya sibuk menghadiri Majlis Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 yang berlangsung bermual 13 - 15 Julai 2009 di Ipoh.

Tema Muzakarah pada kali ini khusus menyentuh tentang "Islam dan Melayu : Teras Pengupayaan Umat". Saya kira secara peribadi muzakarah pada kali ini begitu menarik untuk diperbincangkan apatah lagi sesuai dengan situasi semasa di dalam negeri Perak ini khususnya serta di negara kita secara amnya.

Apa yang menarik perhatian saya dan juga mungkin sebahagian besar peserta yang hadir ialah semasa ucaptama perasmian yang disampaikan oleh DYTM Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah. Di mana baginda menyebutkan secara terang di dalam titahnya bahawa Melayu ini hanya akan bersatu sekiranya berada di dalam keadaan - keadaan yang tersepit sahaja dengan menyebutkan beberapa contoh seperti peristiwa 13 Mei serta peristiwa kes membabitkan Natrah ( berbangsa Belanda ) sekitar 1950 -an.

Baginda sendiri menyebutkan tentang sejarah penubuhan dan perjuangan dua parti teras utama Melayu iaitu UMNO dan PAS di dalam titahnya dengan mengharapkan alangkah indahnya sekiranya kebersamaan kedua - duanya di dalam perjuangan politik namun realiti politik pada hari ini adalah sebaliknya.

Sehinggakan penghujung titahnya baginda Raja Muda menzahirkan kesedihannya sehingga sebak dengan mengatakan bahawa pentingnya peranan institusi raja ini dalam menyatukan bangsa dan umat. Dengan mengungkapkan bahawa jangan sampai anakandanya Raja Azlan Muzaffar Shah ( anakanda kepada Raja Muda Nazrin Shah ) apabila meningkat dewasa menyalahkan ayahanda ( Sultan Azlan Shah ) kerana tidak melakukan sesuatu pada hari ini.

Secara kesimpulannya apa yang diharapkan melalui titah baginda yang dapat diterjemahkan dalam realiti ialah marilah bersatu bersendikan agama.

No comments:

Post a Comment