Yang Mengikuti Blog ini :

03 July 2009

ISU PEROBOHAN PUSAT SEMBELIHAN BABI : TUNJUKKANLAH KEMATANGAN

Selama kira - kira 4 hari saya berada di Thailand, terlalu sukar untuk saya mendapatkan maklumat - maklumat yang terkini terutamanya tentang isu semasa yang berlaku di Malaysia. Sumber maklumat adalah terhad dan kebetulan semasa hari yang ketiga berada di sana barulah saya terjumpa akhbar Berita Harian yang menceritakan tentang isu DAP Kedah keluar dari PR dan pelawaan Pemuda PAS untuk besama dengan Pemuda Umno. Dan hari ini saya telah cuba menelusuri dan memahami isu berkenaan dengan lebih mendalam itupun setelah melayarai beberapa laman blog yang boleh dipercayai sumbernya.

Secara peribadi saya berpendapat biarlah kita lebih matang dalam melakukan setiap tindakan kita. Kita sedar bahawa apa yang berlaku sedikit sebanyak ada memberikan kesan terhadap masyarakat bawahan. Andai isu yang ingin dibawa oleh DAP itu ialah isu kerajaan PAS Kedah merobohkan pusat sembelihan babi, maka tindakan DAP itu menggambarkan mereka tidak matang dalam berpolitik. Apatah lagi ditambah pula dengan peranan pihak media yang cuba mengambil kesempatan di atas isu keretakan hubungan PR ini.

Fakta telah jelas bahawa perobohan dilakukan setelah satu tempat yang lain yang lebih sesuai akan dibina, dan sebenarnya pusat sembelihan babi itu juga sudah melebihi dari keperluan yang sepatutnya. Dan saya juga yakin bahawa hari ini bukan semua orang bukan yang memakan babi apatah lagi setelah mengetahui berbagai virus yang boleh didapati dari babi itu sendiri.

Sedangkan wakil PAS tunggal yang berada di Pulau Pinang yang walaupun sebenarnya mempunyai masalah tidak sefahaman tetapi teap menunjukkan kematangan mereka dalam berpolitik. Ingat bahawa politik yang lebih sudu dari kuah tidak akan ke mana - mana.

No comments:

Post a Comment