Yang Mengikuti Blog ini :

12 July 2009

MUZAKARAH CENDEKIAWAN ISLAM 2009 ( 13 - 15 JULAI 2009 )

Bermula 13 - 15 Julai 2009 pihak Jabatan Mufti Negeri Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak akan menganjurkan Muzakarah Cendekiawan Islam 2009. Program tahunan yang diadakan sempena Ulangtahun Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak akan membariskan dua pembentang kertas kerja iaitu Dato' Dr Siddiq Fadhil ( Presiden Kolej Dar al-Hikmah ) yang akan membentangkan kertas kerja berkaitan "Islam dan Melayu : Perlukah bersatu dalam Perjuangan". Manakala pembentang kertas kedua pula ialah Prof. Tan Sri Dr. Khoo Khay Kim ( Tokoh Sejarah & ahli akademik ) akan membentangkan kertas kerja berkaitan " Sumbangan Tulisan Jawi dalam Nusantara". Insyaalah saya juga akan menghadiri program tersebut.

Majlis perasmian akan diadakan di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Saya mengharapkan satu kupasan kertas kerja yang menarik kerana ianya bertepatan dengan situasi semasa kini .Nantikan laporan kertas kerjanya kemudian...

No comments:

Post a Comment