Yang Mengikuti Blog ini :

19 July 2009

MASIH RAMAI YANG TIDAK FAHAM APAKAH YANG DIKATAKAN KESALAHAN KHALWAT YANG SEBENARNYA

Masih ramai di kalangan umat Islam khususnya masih tidak memahami apakah yang dikatakan kesalahan khalwat yang sebenarnya. Sebagai contoh pada lewat malam tadi saya bersama - sama anggota enforcement yang lain telah menahan seorang lelaki yang berada di dalam rumah yang di dalamnya terdapat 2 orang perempuan yang bukan mahramnya.

Semasa ditahan dan menjelaskan bahawa mereka telah melakukan kesalahan khalwat, lantas mereka menafikan dengan beralasan bahawa di dalam rumah tersebut ada dua orang perempuan dan mereka mengatakan bahawa semasa ditahan mereka tak buat apa - apa ( jawapan yang biasa dalam kes khalwat ).

Maka di sinilah letaknya kurang kefahaman di kalangan segelintir umat Islam tentang apakah yang dikatakan kesalahan khalwat yang sebenarnya. Terlebih dahulu saya menjelaskan apakah tafsiran kesalahan khalwat sebagaimana yang terkandung di dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 ( mungkin takrifan sedikit berbeza dari segi 'wording' bagi enakmen di negeri lain tetapi elemennya tetap sama ).

Seksyen 54 (1) ( bagi lelaki )
"Seorang lelaki didapati bersama dengan seorang atau lebih perempuan yang bukan isteri atau mahramnya
di dalam sebuah rumah atau sebuah bilik atau dalam sebuah tempat yang sunyi disyaki melakukan maksiat adalah melakukan kesalahan khalwat dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua - duanya sekali"

Seksyen 54 (2) ( bagi perempuan ) "Seorang perempuan didapati bersama dengan seorang atau lebih lelaki yang bukan suami atau mahramnya di dalam sebuah rumah atau sebuah bilik atau dalam sebuah tempat yang sunyi disyaki melakukan maksiat adalah melakukan kesalahan khalwat dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua - duanya sekali"

Berdasarkan dari takrifan kesalahan tersebut jelas menunjukkan bahawa elemen khalwat tidak menghadkan hanya apabila seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Bahkan kesalahan khalwat itu boleh jadi jika seorang lelaki bersama - sama dengan lebih dari seorang perempuan , begitu juga sebaliknya bagi perempuan.

Juga disebutkan tafsiran tersebut bahawa kesalahan khalwat bukan semestinya ketika ditahan dalam keadaan sedang berpeluk, atau bercium atau sedang berbogel. Akan tetapi elemennya adalah umum iaitu walau hanya sekadar duduk sekali menonton tv sahaja di dalam rumah dengan bukan mahram kita juga boleh dikategorikan kesalahan khalwat dengan ditambah elemen mendatangkan syak melakukan maksiat.

Contohnya ialah apabila seorang lelaki datang ke rumah seorang perempuan yang bukan mahramnya kemudian masuk ke dalam rumah tersebut dan menutup pintu rumah. Walupun ketika berada di dalam rumah tersebut hanya sekadar menonton tv atau sedang study sahaja tetapi oleh kerana berada dalam keadaan orang tidak nampak apakah yang mereka lakukan di dalam rumah tersebut sehingga mendatangkan berbagai keraguan apakah mungkin mereka ini mekalukan maksiat di dalam rumah tersebut. Maka ketika inilah wujudnya elemen mendatangkan syak melakukan maksiat itu wujud.

Islam adalah agama yang berprinsipkan mencegah lebih baik dari merawat. Mengapa kesalahan khalwat ini dikuatkuasakan kerana segala kesalahan yang besar seperti berzina, mengandung tanpa nikah dan berbagai maksiat yang lain berpunca daripada apabila duduk berdua-duaan inilah. Maka untuk mengelakkan maksiat yang lebih besar maka kita cantas di peringkat permulaan lagi.

2 comments:

  1. assalamualaikum ustaz.. sy nk brtnya lbh lanjut mengenai kes khalwat ni.. sprti yg ustaz kemukakn dlm artikel mengenai kes khalwat. sbgai cth tndakan ape yg boleh diambil kpd seorg lelaki brsama 2 org perempuan di dlam sbuah blik yg berkunci, tetapi mereka bru shja memasuki blik trsebut sblum di serbu. Adkh tndakn mahkamah ataupun denda akn dikenakn trhadp mereka?

    ReplyDelete