Yang Mengikuti Blog ini :

02 July 2009

LAWATAN KE MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH SATUN

Pada hari ketiga kami semua anggota rombongan melawat ke Majlis Agama Islam Wilayah Satun. Perjalanan ke Majlis Agama Islam Wilayah Satun agak jauh iaitu hampir 2 jam perjalanan kerana Wilayah Satun terletak bersempadanan dengan Perlis dan Langkawi dan mengikut maklumat penduduk di situ perjalanan dari Satun ke Wang Klian hanya mengambil masa hanya 45 minit. Kami tiba di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Satun kira - kira jam 10.30 pagi dan disambut oleh pihak di sana. Menurut pihak di sana di Satun ini sebenarnya mengikut sejarah dahulu ramai orang Perak yang berada di situ sehingga ada satu kampung di sana yang dinamakan Kg. Perak. Pejabatnya agak besar dan selesa dan setelah diberikan taklimat oleh mereka perbincangan berkaitan isu pernikahan rakyat Malaysia pun dijalankan. Selesai perbincangan dan jamuan makan kira - kira jam 2.30 petang kami bertolak balik untuk destinasi seterusnya iaitu Pejabat Konsulat Malaysia yang terletak di wilayah Songkhla.

No comments:

Post a Comment