Yang Mengikuti Blog ini :

02 August 2009

KECOH PASAL ISU TANDATANGANI SENARAI AJK MASJID

Ketika ini kami sedang sibuk diarahkan oleh pihak atasan kerajaan negeri agar segera menandatangani semua senarai AJK masjid kariah. Kesemua PTA dan Penghulu Mukim di dalam Negeri Perak telah diarahkan agar segera tandatangan senarai tersebut. Walaupun sebelum ini iaitu pada hari khamis yang lepas kesemua PTA telah bermesyuarat dan mencapai kata sepakat untuk tidak menandatangani senarai AJK tersebut. Ini kerana senarai AJK masjid yang dikeluarkan itu tidak melalui Pejabat Agama serta juga tidak melalui Kariah masjid itu sendiri, bahkan ianya dikeluarkan terus daripada pihak kerajaan negeri tanpa melalui pihak bawahan. Bukan sahaja PTA dan Penghulu sahaja diarahkan bahkan Dato' Orang Besar Jajahan juga diminta agar segera menandatangani senarai AJK tersebut

Walaupun senarai AJK tersebut masih terdapat beberapa senarai nama yang tidak sepatutnya seperti nama orang yang sudah meninggal dunia, orang yang sudah berpindah bahkan orang yang bukan kaki masjid juga tersenarai di dalam senarai AJK masjid yang diminta untuk ditandatangani itu. Sebelum ini semasa Pakatan Rakyat memerintah dahulu telah dikeluarkan senarai AJK masjid kariah dan telah pun dipersetujui serta ditandatangani oleh Penghulu, PTA serta Dato' Orang Besar Jajahan. setelah dicadangkan oleh Kariah Masjid masing - masing. Namun ianya tidak dapat diperkenankan setelah berlakunya perubahan kerajaan ini.

Keadaan ini seolah - olah menjadikan tindakan kami menandatanginnya seperti paksa rela. Begitu terdesaknya keadaan ini dapat dilihat apabila kesmua senarai AJK masjid ini yang telah ditandatangi oleh PTA dan Penghulu ini hendaklah sampai ke Ipoh malam tadi juga. Kerana pada hari isnin ini ( 3 Ogos 2009 ) senarai nama AJK ini akan dibawa masuk ke dalam mesyuarat majlis.

Kita tidak kisah sesiapapun dilantik menjadi AJK masjid tetapi biarlah yang dilantik itu pertama sekali adlah orang yang benar - benar layak. Kita tidak mahu yang dilantik hanya di atas kepentingan tertentu semata sedangkan peribadinya tidak layak untuk diamanahkan sebagai AJK masjid. Bahkan kita sering mendengar rungutan bahawa ada AJK masjid yang tidak pernah nampak batang hidungnya ke masjid langsung. Bahkan lebih teruk lagi ada AJK masjid yang dilantik melongsapkan duit masjid.

Kadang - kadang kita hairan apa sangat yang hendak dikejar - kejar jawatan AJK masjid itu yang jika dipandang dari sudut luaran bukanlah jawatan yang bibayar gaji melainkan hanya sedikit elaun setahun sekali. Sebaliknya ianya adalah satu amanah yang besar yang perlu dipikul kerana amanah AJK masjid ialah untuk menjaga serta mengimarahkan "RUMAH ALLAH" bukan sekadar berbangga nama dicatat di papan kenyataan masjid sebagai salah seorang AJK masjid. Inilah akhir zaman...

Mari kita renungkan sebuah hadis nabi SAW tentang peristiwa akhir zaman yang boleh dikaitkan dengan situasi ketika ini :

Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., "Bilakah akan terjadi hari qiamat?". Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu". Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah". Maka Nabi saw. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat". Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu"? Nabi saw. menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat".

H.R Bukhari

Sama - samalah kita renungkan bersama...

No comments:

Post a Comment