Yang Mengikuti Blog ini :

01 August 2009

TEATER MENUNGGU KATA DARI TUHAN : PERSEMBAHAN MANTAP

Malam tadi saya bersama dengan keluarga menyaksikan pementasan teater "MENUNGGU KATA DARI TUHAN" di Dewan INTIM, Ipoh. Teater yang diarahkan oleh Dinsman serta dilakonkan oleh Sabri Yunos dan Dibantu oleh Sani Sudin ini berjaya menusuk di kalbu. Ini kerana inilah pertama kali saya menonton teater yang memaparkan kisah sirah di dalam kehidupan sahabat Rasulullah SAW.

Teater ini mengisahkan tentang salah seorang sahabat nabi bernama Kaab yang merasa bersalah kerana tidak dapat bersama menyertai kumpulan tentera Islam di dalam peperangan Tabuk. Sehingga dia telah dipulaukan oleh para sahabat nabi yang lain selama 50 hari. Jelas penghayatan watak dibawa oleh Sabri Yunos sehingga kelihatan dia sendiri sebak semasa akhir teater tersebut.

Sepatutnya inilah yang kita perlukan dalam situasi pada hari ini menggunakan medium teater untuk dakwah. Dr Yusof Qardhawi sendiri mengatakan amat rugi umat Islam pada hari ini yang mempunyai banyak kemudahan dalam menyampaikan Islam tetapi gagal memanfaatkannya untuk penyebaran Islam.

Persembahan teater ini juga diserikan dengan persembahan oleh Saudara Azhan ( Juara Akademi Nasyid TV9.Diharapkan agar selepas ini lebih banyak lagi teater yang berunsurkan Islam dipaparkan kepada masyarakat kita.

No comments:

Post a Comment