Yang Mengikuti Blog ini :

11 June 2009

WUJUDNYA "KUMPULAN BAYANGAN" PENCETUS HURU HARA DI SELATAN THAILAND

BANGKOK: Tragedi pembunuhan di Masjid Al-Furqan di Narathiwat, Selatan Thailand, malam Isnin lepas mungkin dilakukan oleh satu "kumpulan bayangan" yang mahu menyemai rasa tidak percaya dan konflik antara penduduk yang majoritinya umat Islam dengan penganut Buddha dan dengan kerajaan, kata seorang penggubal undang-undang terkenal di Thailand.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parlimen Thai mengenai Keselamatan Nasiona, Thailand Jehrrming Tohtayong, berkata beliau percaya ia dilakukan oleh satu kumpulan baru yang mahu menimbulkan kekacauan dan keganasan di antara penduduk tempatan. "Kami mempunyai maklumat seorang penduduk menghilangkan diri beberapa hari sebelum insiden itu. Setengah orang kata dia tidak bersetuju dengan kumpulan militan sebelum menghilangkan diri," katanya ketika ditemubual di sini.
Jehrrming, yang mengetuai jawatankuasa yang mengawal isu keselamatan, berkata ia bukan perkara mudah untuk menentukan orang yang sebenarnya terbabit dalam serangan itu yang menyaksikan 10 jemaah masjid terbunuh ketika menunaikan solat Isyak manakala dua lagi di hospital malam kelmarin manakala 12 lagi yang cedera masih dirawat di hospital. Sambil mengakui kumpulan pemisah terbabit dalam kebanyakan insiden keganasan di wilayah itu, Ahli Parlimen dari Narathiwat itu berkata ada juga kumpulan dadah dan mafia tempatan terbabit dalam sesetengah kekacauan itu.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Anupong Paochinda menafikan tuduhan bahawa pasukan keselamatan menjadi dalang dalam tragedi pembunuhan di masjid itu. Lebih 3,500 orang terbunuh sejak Januari 2004 apabila kumpulan pemisah menyambung semula gerakan bersenjata bagi mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam.
Jehrrming berkata kerajaan yang ada sekarang di bawah pentadbiran Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva mendapat kerjasama yang baik daripada rakyat tetapi ramai yang takut untuk bekerjasama secara terbuka bagi mengekalkan keamanan di wilayah itu berikutan tindak balas daripada kumpulan pemberontak. Walaupun dengan menghantar 60,000 anggota keselamatan di wilayah yang bergolak yang bersempadan dengan Malaysia, Jehrrming berkata ia agak sukar bagi pasukan keselamatan untuk menyediakan perlindungan kepada keseluruhan penduduk sambil menambah bahawa polisi jangka panjang yang menggalakkan keadilan, pembangunan dan pendidikan yang lebih baik memainkan peranan yang penting bagi menyelesaikan krisis itu.
Beliau juga menafikan dakwaan di dalam sesetengah media Thai bahawa kumpulan pemberontak itu mendapat sokongan Malaysia dengan berkata kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan Thailand untuk membangunkan wilayah itu. – Bernama

No comments:

Post a Comment