Yang Mengikuti Blog ini :

10 June 2009

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN DAN BAHASA ARAB

Hari ini saya telah merasmikan program Peningkatan Kemahiran Pendidikan dan Bahasa Arab untuk guru - guru Kafa di Dewan Persidangan. Program ini adalah anjuran bersama Kolej Islam Darul Ridzuan ( Kisdar ), kira - kira hampir 100 orang guru - guru kafa telah menghadiri program tersebut. Secara umumnya saya amat mengharapkan agar guru - guru kafa mengambil peluang kursus ini untuk mempertingkatkan kemahiran mereka terutamanya dalam menyampaikan pengajaran kepada anak - anak murid.

Memang diakui bahawa guru - guru kafa tidaklah seperti guru - guru sekolah di bawah Kementerian yang sering mempunyai pelbagai kemudahan untuk dimanfaatkan. Namun kita tidak seharusnya menajdikan ianya sebagai satu alasan untuk hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Amanah yang telah diberikan sebagai pendidik seharusnya dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.

Semua guru - guru kita yakin mempunyai ilmu yang cukup untuk mengajar SRAR, namun sekadar ilmu tanpa kemahiran yang betul kita akhirnya akan gagal. Ibarat kita diberikan senapang, pastinya semua boleh menembak dengan hanya menekan picunya. Tetapi yang menjadi masalah adakah tembakan itu menepati sasaran atau hanya sekadar peluru sahaja yang keluar. Setepat mana tembakan itu bergantung kepada sejauh mana kemahiran kita menggunakan senapang tersebut.

No comments:

Post a Comment