Yang Mengikuti Blog ini :

15 May 2009

KES MOHD RIDHUAN : DI MANA PEJUANG ISLAM ?

Semasa saya bersama - sama dengan rakan - rakan yang lain hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk memberikan sokongan moral kepada Mohd Ridhuan, kebetulan semasa berada di dalam dewan mahkamah saya duduk dengan seorang lelaki yang agak berumur tetapi berpakaian smart berkot dan bertali leher. Pada mulanya saya tidak mengenalinya kerana kelihatan beliau agak sibuk sekejap - sekejap dia akan bangun untuk berbincang dengan lawyer. Tiba - tiba lelaki tersebut menggelarkan dirinya sebagai pakcik dan memperkenalkan nama serta latar belakangnya.

Barulah saya tahu bahawa beliau sebenarnya datang dari Kuala Lumpur semata - mata untuk bersama - sama memberikan sokongan. Beliau asalnya adalah seorang jurutera dan mempunyai firmanya sendiri, namun oleh kerana demi untuk bersama - sama mempertahankan hak Islam beliau sanggup meninggalkan jawatannya kira - kira 2 bulan lepas kini bergiat aktif di dalam NGO Islam ( Muafakat ). Sepanjang bersembang dengannya beliau menyatakan ini adalah kali ketujuh dia hadir persidangan kes tersebut dan hari ini ( semalam ) barulah dia merasakan seronok kerana ramai orang Islam yang hadir memberikan sokongan moral. Amat menyedihkan apabila beliau menceritakan bagaimana beliau dihalau dari mahkamah hanya kerana bilangan orang Islam yang hadir menyaksikan kes tersebut amat sedikit berbanding orang beragama hindu sehingga boleh dikatakan kesemua kerusi di dalam mahkamah tersebut dipenuhi oleh mereka.

Maka beliau menasihatkan agar kita seharusnya jangan sampai terlalu sibuk dengan krisi politik di perak sehingga kita lupa sebenarnya ada isu akidah yang amat besar yang tidak disedari. Sambil menunjukkan tentang keperihatinan 2 orang YB ( 1 MP & 1 Adun ) yang beragama hindu turut hadir ke mahkamah pada hari itu bersama - sama untuk memberi sokongan perempuan ( beragama hindu ). Itulah sikap mereka terhadap agama mereka, tetapi bagaimana sikap kita terhadap Islam ?

No comments:

Post a Comment