Yang Mengikuti Blog ini :

22 August 2009

ALHAMDULILLAH RAMADHAN TELAH TIBA.....

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan semesta alam. Kita sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya, Dia telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke dalam universiti Ramadhan.

Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan.

Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk university Ramadhan.

Pendaftarannya cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekelian,

Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga disebut sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita sebut dengan yang tak baik sudahlah. “Wuih nak mai dah bulan bala, nak makan minum susah.

Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah.

Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak?

Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah ‘pengabdian’ kepada Allah SWT. Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkatan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah? Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat.

Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.

Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.

Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh.

Mujahadah juga berkait-rapat dengan mujahidin.

Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah.

Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkaita-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya.

Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu rugilah, pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.

Read More

20 August 2009

DOA DI PENGHUJUNG SYAABAN MENANTI KUNJUGAN RAMADHAN

Dengan asma AllahYang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan pembeda. Bulan Ramadhan telah datang , maka selamatkan kami di dalamnya, alirkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Engkau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan kejelekan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku karena perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.

Tuhanku, Kau sadarkan aku, tapi aku belum juga sadar. Kau halau daku dari larangan-Mu, tapi aku belum juga terhalau, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku saat amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan ampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.

Ya Allah, aku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan butuh pada rahmat-Mu. Sementara Engkau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkahan kepada semua hamba-Mu, Engkau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Engkau menghitung semua amal mereka, Engkau yang membagikan rizki mereka. Engkau ciptakan mereka berbeda-beda dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua butuh pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan aku tergolong pada hamba-Mu yang shaleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.

Ya Allah, hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah, semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riya’ atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Engkau ridhai.

Karena itu, aku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, pemenuhan perintah-Mu, ridha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, kedamaian dan taubat yang sebenarnya; aku memohon semua itu kepada-Mu ya Rabbal ‘alamin.

Tuhanku
Engkau dimaksiati karena santun-Mu,
Engkau ditaati karena kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Engkau tidak pernah dimaksiati olehku dan oleh seluruh penghuni bumi

Maka jadilah Engkau bagi kami Yang Maha Dermawan dengan segala karunia-Mu, Yang Maha Peduli dengan segala kebaikan-Mu.
Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi
Semoga shalawat senantiasa tercurahkan kepada Muhammad dan keluarganya, shalawat yang abadi yang tak terhitung jumlahnya dan tak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.

(kitab Mafatihul Jinan, bab 2, pasal 2)

PERJUMPAAN DENGAN PENGUSAHA RESTORAN MAMAK

Pada pagi tadi saya telah dijemput oleh Majlis Daerah untuk memberikan taklimat kepada semua pengusaha - pengusaha Restoran Mamak berhubung kait dengan operasi perniagaan mereka sepanjang Ramadhan.

Terutamanya tentang Kesalahan Tidak Menghormati Ramadhan. Pihak Majlis Daerah telah memberikan arahan agar kesemua kedai - kedai hendaklah dibuka bermula jam 2.30 petang ke atas. Ini bagi mengelakkan orang Islam mengambil kesempatan untuk membeli dan makan di kedai pada waktu siang hari sepanjang bulan Ramadhan.

Namun begitu hasil dari perbincangan kebanyakan pengusaha restoran mamak merungut kerana kalau mereka buka kedai jam 2.30 petang mereka akan mengalami kerugian. Sedangkan mereka sedar bahawa di sepanjang bulan Ramadhan ini boleh dikatakan kebanyakan kedai makan melayu tutup sepanjang sebulan Ramadhan, bahkan mereka menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan untuk berehat. Namun tidak pula kita dengar rungutan dari pengusaha kedai makan melayu yang menutup kedai mereka sepanjang sebulan Ramadhan ini merungut mereka mengalami kerugian.

Inilah hasilnya apabila perniagaan hanya sekadar berorientasikan keuntungan semata - mata tanpa mengambil kira tanggungjawab sosial khususnya dalam hal amar ma'ruf nahi mungkar. Kami di pihak Penguatkuasa Agama akan terus memantau sepanjang Ramadhan ini bagi memastikan tidak ada orang Islam yang makan di kedai atau tempat terbuka, sekiranya terbukti wujudnya orang islam yang makan atau minum atau merokok di dalam premis mereka , maka tindakan terhadap pengusaha restoran juga boleh diambil

19 August 2009

BERSIAP SEDIALAH MENGHADAPI RAMADHAN

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.

Beliau bersabda:
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat) .

Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga.

Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata:

"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!".

Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka.

Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya.

Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga"

(At-Targhib, jld.II, 217-218)

AHLAN YA RAMADHAN....

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

HARI PALING GEMBIRA : KONVOKESYEN UKM KE-37

Sebenarnya saya baru sahaja selesai menghadiri Majlis Konvokesyen UKM pada 17 Ogos 2009 yang lalu bagi mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam ( Usuluddin & Falsafah ). Sekalung penghargaan saya ucapkan buat kepada Kedua ibubapa saya, isteri tercinta barisan para pensyarah serta rakan - rakan yang lain.

Kepada semua rakan - rakan yang telah berjaya juga diucapkan tahniah diatas kejayaan ini. Semoga segala penat lelah serta kesungguhan kita selama ini dalam mengharungi pelbagai cabaran sepanjang pembelajaran ini berbayar sudah akhirnya. Apatah lagi dalam keadaan pembelajaran ketika sedang bekerja patinya begitu banyak komitmen yang perlu dilunaskan.

Ada juga di kalangan para sahabat bersama kelas bercadang agar diwujudkan laman blog khas bagi semua alumni PPB Usuluddin & Falsafah ( 2005-2009 ). Saya akan cuba dan diharapkan kepada rakan - rakan sekelas yang berjaya melawati laman blog ini sila tinggalkan emel agar mudah untuk berhubung

13 August 2009

20 OGOS TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN

Tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada petang 20 Ogos ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 29 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.

Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Balai Cerap Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pantai Acheh Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah;

Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Kemuning, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kula Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

UST. ASRI RABBANI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun, itu sahaja yang boleh diucapkan dengan pemergian ustaz Asri bin Ibrahim. Beliau yang terjatuh di RTM di satu persembahan sempena sambutan Idulfitri pagi ini disahkan meninggal di Hospital Pantai jam 10.30 pagi.

Read More Inna lillah wa inna ilaihi rajiun, itu sahaja yang boleh diucapkan dengan pemergian ustaz Asri bin Ibrahim. Beliau yang terjatuh di RTM di satu persembahan sempena sambutan Idulfitri pagi ini disahkan meninggal di Hospital Pantai jam 10.30 pagi.

SIMPOSIUM PEMAHAMAN ENAKMEN KELUARGA ISLAM : BERJAYA KHATAM KITAB IDHOHU ALBAB

Simposium Kefahaman Munakahat & Enakmen Keluarga Islam Perak telah bermula kira - kira jam 3.00 petang semalam dan Alhamdulillah berkat kesungguhan semua akhirnya kami semua berjaya mengkhatamkan Kitab Idhohu Albab ( Kitab Munakahat ) pada tengahari tadi.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Tuan Guru Prof Dato' Hj Salleh Bin Ahmad ( AJK Syariah Negeri Perak yang telah mencurahkan
ilmu melalui program yang berbentuk menadah kitab ini. Untuk makluman program ini sebenarnya telah diadakan bermula pada tahun 2006 dan biasanya ianya diadakan sebanyak 2 kali setahun dan setelah 3 kira - kira tahun berlalu barulah kami berjaya mengkhatamkan kitab tersebut.

Peserta adalah terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timb Pendaftar serta Pen. Pendaftar Perkahwinan. Banyak yang kami pelajari melalui kitab tersebut khususnya tentang ilmu munakahat. Antara yang dipelajari sepanjang 2 hari ini ialah Bab Fasakh dan juga Bab Hadhanah

12 August 2009

DR HASAN ALI TETAP PERTAHAN TINDAKAN ... SYABAS DAN TERUSKAN BERJUANG

Berkenaan isu pengharaman arak di Negeri Selangor. Exco Hal Ehwal Islam Dato. Dr Hasan Ali yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan terus tetap dengan pendiriannya walau dilihat seolah - olah didesak oleh DAP agar diambil tindakan ke atasnya.

Maka di sinilah sebenarnya letak cabaran bagi Orang Islam apabila ingin melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Di sinilah juga letaknya perbezaan bagi mereka yang benar - benar bersungguh dalam melaksanakan Islam dengan mereka yang hanya sekadar melaungkan Islam dari segi slogan sahaja. Secara peribadi saya amat menyokong penuh tindakan yang dilakukan oleh Dato' Dr Hasan Ali tersebut.

Harus saya jelaskan di sini juga bahawa arak ini disebut melalui enakmen bukan sahaja salah bagi orang Islam yang meminumnya sahaja, bahkan sebenarnya kita tidak sedar bahawa terdapat peruntukan yang jelas mengatakan bahawa mempamer atau menjual arak bagi orang Islam juga adalah salah bukan sekadar di sisi agama sahaja bahkan di sisi undang - undang juga. Sekadar menyatakan bagi Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 melalui Seksyen 59 jelas menyatakan tentang peruntukan tersebut.

Bahkan kita semua juga sedar bahawa arak ini juga sebenarnya tidak memberi manfaat kepada sesiapa sahaja termasuk yang bukan Islam. Sehinggakan ada sebahagian di kalangan non -Muslim pun ada yang tidak minum serta membenci arak kerana ianya hanya akan memporak perandakan keluarga sahaja. Pihak kerajaan sendiri juga mengakui tentang bahayanya arak ini sehingga membuat kempen "Dont Drink and Drive". Walaupun ianya hanya sekadar kempen keselamatan jalanraya, tetapi kita harus akur bahawa arak boleh mengundang padah.

Sehubungan itu, bagi sesiapa sahaja di kalangan umat Islam seharusnya menyokong tindakan yang dilakukan oleh Dr Hasan Ali ini. Amat dikesali sekali pihak pembangkan di Selangor ( BN ) memperlecehkan pula tindakan yang dilakukan oleh Dr Hasan Ali ini. Sedangkan selama mereka memerintah Selangor lebih 50 tahun merekalah yang bertanggungjawab terhadap penjualan arak yang semakin berleluasa ini. Sudah usaha untuk mencegah kemungkaran semasa mereka berkuasa di Selangor tidak dilaksanakan, apabila Kerajaan PR yang menerajui Selangor kini mahu laksanakan cegah kemungkaran itu pula diperlecehkan.

Apakah ini yang dikatakan Islam yang sebenarnya.....